,

Penafian: Imej & Logo Emas2U Disalahguna

Pihak Emas2U menerima aduan terdapat penyalahgunaan imej banner dan logo Emas2U

Emas2U.com – Pihak Emas2U menerima aduan terdapat penyalahgunaan imej banner dan logo Emas2U

Pihak kami mendapat Whatsapp daripada seorang hamba Allah yang menunjukkan beberapa iklan pelaburan tetapi menggunakan imej dan logo Emas2U.

Iklan pelaburan ini seperti menjanjikan pulangan dalam masa 2 hari sahaja. Hmmm, too good to be true.

Emas2U.com bukan sahaja mempersoalkan bisnes apa yang dijalankan oleh individu ini tetapi juga mengapa mereka menyalahguna imej banner dan logo Emas2U.

Tidak, iklan ini bukan dari Emas2U! Pihak Emas2U tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis jika terbukti individu ini menggunakan imej dan logo Emas2U tanpa kebenaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *