Pelaburan emas mampu memberi pulangan yang tinggi jika kena caranya. Tapi awas, banyak scammer di luar sana rakus mencari mangsa. Pastikan anda tidak terkena. Take note 5 tanda ini.
Pelaburan emas yang baik ialah pelaburan yang dapat memberi pulangan, membolehkan penyimpan mencapai matlamat dan menyelamatkan kekayaan penyimpan daripada masalah ekonomi seperti inflasi dan nilai matawang yang kian menurun.
Namun, jika terkena scam pelaburan emas, anda bukan sahaja kerugian besar tetapi menghadapi kesukaran untuk meneruskan hidup dan mengalami tekanan mental.
Kongsikan agar kawan/famili anda tidak terkena ok?
5 Tanda Scam Pelaburan Emas
#1 Syarikat Menjanjikan Pulangan Tinggi Dalam Jangka Pendek
Malangnya ini ramai yang terkena. Ramai orang mudah terpengaruh dengan ‘janji manis’ pulangan tinggi dalam pelaburan emas.
Pelaburan emas bergantung 100% kepada harga emas dunia.
Jika syarikat menjanjikan pulangan, itu bukan pelaburan emas, itu samada pelaburan wang atau besar kemungkinan scam.
Sebelum sertai apa-apa sahaja pelaburan, pastikan anda buat kajian tentang syarikat terlebih dahulu.
Contohnya, sebelum join Public Gold, saya sendiri buat kajian beberapa bulan dan pernah menulis tentang Public Gold Scam?
#2 Beli Emas Tetapi Tidak Boleh Tebus Fizikal
Beli emas mesti dapat emasnya, bukan setakat janji dan kertas. Jika anda tidak dapat tebus fizikal atau jual semula emas anda, besar kemungkinan anda telah terkena scam emas.
Ada syarikat yang menawarkan simpanan emas dalam bentuk akaun. Pastikan emas dalam akaun tersebut boleh dijual atau ditebus menjadi fizikal.
#3 ‘Modal Rendah’ Sebagai Umpan
No 3 ni biasanya berkait rapat dengan No 1. Modal rendah tapi pulangan tinggi. Dalam tempoh yang singkat pula tu. Come on guys, next time jumpa offer macam ni, jangan terus percaya.
Modus operandi syarikat biasanya memberi pulangan kepada pelabur-pelabur terawal sebagai bukti mereka tak scam (kononnya). Tujuannya untuk menarik lebih ramai ‘pelabur’ (iaitu mangsa). Then bila dah makin banyak duit masuk, syarikat akan mula lesap!
#4 Syarikat Tiba-Tiba Hilang
Yes, syarikat atau individu tiba-tiba hilang dan tak dapat dihubungi.
Sebelum buat pelaburan emas, perkara no 1 yang wajib anda kaji ialah profile syarikat. Bila ditubuhkan? Siapa board of management syarikat? Berapa cawangan? Apa pencapaian syarikat? Apa feedback pengguna?
Scammer emas biasanya tiada pejabat fizikal dan tak pernah dengar nama syarikat (atau baru ditubuhkan beberapa minggu/bulan).
#5 Ujian Ketulenan Emas ‘Negatif’
Atau kata lainnya emas yang ada pada anda adalah emas palsu. Biasanya penyimpan hanya sedar emas mereka palsu semasa hendak jual semula.
Bagi mengatasi masalah ini, sebaiknya beli emas dari syarikat yang berkredibiliti tinggi dan dikenali.
Saya sendiri beli emas Public Gold kerana yakin dengan ketulenannya. Saya pernah minta staff Public Gold, Cik Mira buat demo ujian ketulenan emas depan saya.
Semoga bermanfaat!
Sebelum memulakan pelaburan emas, wajib ada ilmu. Saya recommend anda download Ebook Emas A-Z (percuma) di sini.