2 Soalan Zakat Emas Yang Ramai Salah Faham | Sebagai penyimpan emas, kita semua sudah faham bahawa kita wajib membayar zakat emas simpanan bila cukup atau lebih nisab 85 gram serta melepasi tempoh 12 bulan (cukup haul). Namun ada 2 situasi yang memerlukan penjelasan lanjut yang ramai tak faham. Ini jawapan PPZ.
Salah seorang penyimpan emas di bawah Emas2U pernah mengajukan 2 soalan tentang zakat emas seperti berikut:
1) Saya ada memakai pendant berisi emas 10g & 1 dinar secara bergilir.
Apakah emas 10g & 1 dinar ini dikira sebagai zakat emas simpanan?
2) Pada 2024, jumlah simpanan emas ada 90g. Selepas setahun layak bayar zakat. Betul?
Persoalannya, dalam tempoh setahun ada penambahan simpanan emas. Apakah pada tahun 2025 (tahun layak bayar zakat) dikira daripada jumlah semasa emas simpanan yang ada atau hanya 90g itu sahaja?
Jawapan Kepada 2 Soalan Zakat Emas Di Atas
Baik ini jawapan yang kami dapatkan daripada pihak Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ):
1) Saya ada memakai pendant berisi emas 10g & 1 dinar secara bergilir. Apakah emas 10g & 1 dinar ini dikira sebagai zakat emas simpanan?
Jawapan : Sekiranya emas tersebut dipakai, maka ianya akan dikira dalam pengiraan zakat emas dipakai. Jika jumlah berat emas tersebut kurang daripada uruf 800gram, maka tidak wajib dizakatkan.
2) Pada 2024, jumlah simpanan emas ada 90g. Selepas setahun layak bayar zakat. Persoalannya, dalam tempoh setahun ada penambahan simpanan emas. Apakah pada tahun 2025 (tahun layak bayar zakat) dikira daripada jumlah semasa emas simpanan yang ada atau hanya 90g itu sahaja?
Jawapan : Apabila emas tersebut mencukupi nisab 85gram, maka cukup syarat dikenakan zakat. Sekiranya dalam tempoh setahun terdapat penambahan zakat, kiraan berdasarkan jumlah keseluruhan emas yang dimiliki. Bukan berat 90gram sahaja.
Semoga 2 soalan zakat emas di atas menjawab dan memberikan penjelasan terperinci serta kefahaman kepada kita semua.
Sumber: Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ) via Emas2U