, ,

Harga Emas Januari 2025 Pecah Rekod. Ini Puncanya

Harga emas bulan Januari 2025 menyaksikan kenaikan mendadak pada hujung bulan, memecah rekod tertinggi dalam sejarah. Baca analisis penuh.

harga emas januari 2025

Harga emas GAP pada bulan Januari 2025 bermula garang, dengan purata harga pada RM421.48 per gram dengan kenaikan sebanyak RM10.38 per gram berbanding Disember bersamaan sekitar 2.53%!

Punca kenaikan mendadak? Baca berita pada 30 dan 31 Jan di bawah.

Nota: Harga emas tertinggi dalam sejarah adalah $2,816.91 per auns pada Januari 2025 (join Telegram Emas2U untuk update harga emas harian).

Prestasi Harga Akaun Emas GAP (01/2025)

Tertinggi: RM435
Terendah: RM409
Purata: RM421.48

31-Jan: RM435⬆️🔝
30-Jan: RM422➖
29-Jan: RM422⬆️
28-Jan: RM420⬇️
27-Jan: RM424➖
26-Jan: RM424⬇️
25-Jan: RM426➖
24-Jan: RM426⬇️
23-Jan: RM428➖
22-Jan: RM428⬆️
21-Jan: RM426➖
20-Jan: RM426➖
19-Jan: RM426⬇️
18-Jan: RM428⬆️
17-Jan: RM426⬆️
16-Jan: RM421⬆️
15-Jan: RM420➖
14-Jan: RM420⬇️
13-Jan: RM423➖
12-Jan: RM423➖
11-Jan: RM423⬆️
10-Jan: RM420⬆️
09-Jan: RM419⬆️
08-Jan: RM415➖
07-Jan: RM415➖
06-Jan: RM415➖
05-Jan: RM415⬇️
04-Jan: RM416⬆️
03-Jan: RM415⬆️
02-Jan: RM410⬆️
01-Jan: RM409⬆️

Analisis Harga Emas

harga emas jan 2025

Artikel berkaitan/bulan ini:

  1. Berapa Dividen Public Gold Tahun Ini?
  2. Tabung Emas: Senarai Pemenang
  3. 2 Soalan Zakat Emas Yang Ramai Salah Faham

Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang Januari 2025:

3 Jan: Harga emas berada di posisi meningkat, dengan emas mencecah paras tertinggi dalam dua minggu.

8 Jan: Bank pusat China meningkatkan rizab emasnya untuk bulan kedua pada bulan Disember, sebanyak 300,000 auns, kepada 73.3 juta, selepas ‘pause’ enam bulan dalam pembelian tahun lepas.

11 Jan: Emas meningkat hampiri paras $2,700 walaupun data laporan pekerjaan, matawang dolar dan hasil bon kukuh.

Penganalisis mencadangkan bahawa data pekerjaan boleh menyebabkan Fed untuk menamatkan kitaran pelonggarannya lebih awal daripada jangkaan.

Sementara itu, data sentimen awal dari University of Michigan juga menunjukkan bahawa keyakinan pengguna menurun dan kebimbangan inflasi meningkat, berpotensi menunjukkan persekitaran ekonomi yang stagflasi.

16 Jan: Harga emas melonjak melepasi paras $2,700 berikutan pengumuman Indeks Harga Pengguna Disember 2024.

17 Jan: 2025 akan bermula dengan kemelesetan, data pekerjaan A.S. yang ‘hodoh’ akan datang – Penganalisis

24 Jan: Pasaran emas menerima beberapa tekanan jualan teknikal ditambah dengan pengumuman data buruh AS yang menunjukkan bilangan rakyat Amerika yang memohon faedah pengangguran kali pertama mencecah paras tertinggi enam minggu.

30 Jan: Jaga-jaga! Harga emas dan perak sedang meningkat, dengan emas mencecah paras tertinggi dalam tiga bulan dan perak mencapai puncak dalam enam minggu. Harga emas menghampiri paras tertinggi baharu.

31 Jan: Pasaran emas mengalami kenaikan mendadak, dengan harga kini hampiri paras $2,800 per auns. 2 perkembangan utama memacu kenaikan ini:

1. Bilik kebal emas London, termasuk di Bank of England, memanjangkan tempoh withdrawal sehingga 4-8 minggu, meningkat daripada tempoh normal.

2. New York dilaporkan telah menyimpan emas bernilai sebanyak $82 bilion, belum pernah berlaku sebelum ini. Ini mencerminkan permintaan emas yang sangat kukuh.

Keadaan pasaran ini dijangka memberi impak menaik berterusan ke atas harga emas.

Punca? Pelabur dalam mode barjaga-jaga dengan polisi perdagangan dan dasar luar pentadbiran presiden A.S. yang baharu—terutamanya tarif perdagangan.

Jika harga emas cecah $3,000 per auns, harga (dalam RM) emas per gram adalah sekitar ±RM470/g.

Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2024 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/

Bagaimana dengan harga emas pada bulan Januari 2025?

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>