3 Punca Emas Melonjak Semula | Harga emas baru-baru ini telah melonjak semula dan mencecah paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga minggu, dengan harapan pemotongan kadar pada Disember menjadi pemacu utama.

Harga emas yang sebelum ini turun ke bawah paras $4,000 per auns rupanya tidak lama. Pada 10 November, harga emas buat ‘u-turn’ dan naik mendadak.

Penganalisis menggariskan 3 insiden di bawah sebagai punca utama harga emas melonjak semula:
3 Punca Emas Melonjak Semula
#1 Jangkaan Pemotongan Kadar
Ramai yang menjangkakan kadar faedah akan dikurangkan pada bulan Disember 2026. Apabila Fed mengurangkan kadar faedah, ia biasanya melemahkan dolar AS dan mengurangkan kos peluang untuk memegang aset yang tidak memberikan pulangan seperti emas. Ini menjadikan emas lebih menarik kepada pelabur berbanding instrumen lain seperti bon atau simpanan bank.

#2 Impak Penutupan Kerajaan (US Government Shutdown)
Harga emas turut dipengaruhi oleh penutupan kerajaan A.S. baru-baru ini. Penutupan itu telah menyebabkan data ekonomi penting tergendala dan menimbulkan ketidakpastian, yang seterusnya menyokong emas sebagai aset selamat.
#3 Kelembapan Ekonomi
Tanda-tanda terkini pasaran buruh A.S. yang semakin lemah dan momentum ekonomi yang perlahan telah menyemarakkan spekulasi bahawa Fed perlu melonggarkan dasar monetarinya. Kelembapan ekonomi akan menyebabkan ramai pelabur menjadikan emas sebagai aset selamat.
Ketika artikel ini ditulis pada 13 November 2025, harga emas adalah AS$4,227 per auns.
Sumber: Gold Price, The Star, FX Street via Emas2U



