Emas2U – Artikel ini menyenaraikan keburukan Public Gold yang perlu anda tahu, dan perlu Public Gold tambahbaik. Bukan nak kecam ya, tetapi komen membina.
Sebelum itu, artikel ini tidak berniat memburukkan Public Gold, tetapi lebih kepada membuka ruang yang boleh diambil untuk penambahbaikan.
Saya listkan 2 keburukan Public Gold:
#1 – Pulangan Kecil Dalam Jangka Masa Pendek
Untuk keburukan no 1 ni, sebenarnya bukan untuk Public Gold tetapi mana-mana kedai emas sekali pun. Penting untuk penyimpan faham sebelum mula menyimpan.
Return kecil malah mungkin rugi jika anda jual secara short term – Ramai penyimpan menyangka mereka akan terima pulangan short term. Sedangkan mereka perlu faham, simpanan emas adalah simpanan long term kerana (i) Short term harga emas ada turun dan naik, dan (ii) Bila nak jual semula kepada Public Gold atau mana-mana kedai lain, harga semasa akan ditolak dengan spread.
Sebagai penyimpan emas, wajib faham yang ni. Bila nak jual emas kita, Public Gold (dan mana-mana kedai emas sekalipun) akan tolak spread value untuk cover profit.
Spread % Public Gold GAP: 8-10%
Spread % Public Gold fizikal: 6-9%
Public Gold antara syarikat yang offer spread value rendah. Ada kedai yang spreadnya sekitar 30%!
Cara Kira Nilai Susut (Spread Value) Emas:
#2 Cawangan Terhad Di Beberapa Negeri
Ramai customer yang mengalami kesukaran untuk ke cawangan kerana jumlah cawangan yang terhad di negeri tersebut. Contoh, customer yang berada di Muar/Batu Pahat sukar untuk ke Taman Molek, Johor, di Pahang pula hanya ada satu cawangan di Kuantan dan juga customer di daerah pedalaman Sabah/Sarawak memandangkan hanya 3 cawangan buat masa ni di negeri-negeri Borneo itu.
Walaubagaimanapun, Public Gold ada menyediakan servis pos terus ke rumah melalui servis Gold in Transit (GIT). Sesuai bagi penyimpan yang tinggal jauh dari cawangan.
Ada sebarang persoalan? Whatsapp saya di sini.
Kesimpulan
Kenapa saya kongsikan keburukan Public Gold? Seperti yang dimaklumkan, tujuannya untuk penambahbaikan, that’s all. Mana-mana syarikat pun ada keburukan. Dan bila kita highlight dengan memberi komen membina, insyaAllah membantu ke arah kebaikan bagi semua pihak.
Beberapa kelemahan lain telah pun dibaiki dan ditambahbaik. Alhamdulillah.
Semoga bermanfaat!
Sebarang persoalan boleh tanya saya anytime di 0122302158 (Muhaimin)