Jangan Beli Emas Jika Belum Baca 10 Perkara Ini | Emas2U.com – Ramai yang suka emas kerana keteguhan nilainya, tapi awas, jika tidak cukup ilmu, pelaburan yang disangka beri pulangan tinggi mungkin tak menjadi atau, anda mungkin boleh terkena emas palsu yang semakin banyak di pasaran hari ini. Wajib baca dan faham 10 perkara di bawah. Kongsikan.
#1 – Melabur ikut-ikut tanpa ilmu
Bukan emas itu yang membuatkan kita kaya, tapi ILMU kita tentang emas tu yang boleh membuatkan kita kaya. Lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung yang akan kita dapat dalam mana-mana pelaburan sekalipun. Baca artikel-artikel tentang emas di blog ini, dan download ebook free Emas A-Z di Ebook.Emas2U.com. Datanglah ke mana-mana seminar tentang pelaburan emas untuk belajar terus dari yang pakar. Nak jumpa saya pun boleh. Call/Whatsapp 0122302158
#2 – Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama
Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab anda belum ada benchmark (penanda aras) tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu sekurang-kurangnya sekeping syiling 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor perkembangan harga. Untuk makluman anda, penganalisis teknikal harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah. Apatah lagi kita orang biasa.
#3 – Membeli barang kemas
Ketahui perbezaan emas perhiasan dan emas simpanan di sini. Barang kemas PERHIASAN kurang sesuai untuk PELABURAN. Barang kemas dikeluarkan tujuannya ialah cantik dan menarik sedangkan emas pelaburan dikeluarkan untuk tujuan menjana keuntungan. (1) Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan, (2) kos upahnya boleh dimanipulasi oleh pekedai emas, dan (3) Spread atau susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%. Kecuali barang kemas khas yang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti barang kemas pelaburan Sri Ayu.
#4 – Membeli emas pelaburan di kedai emas
Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain sebab ia dijual mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e. FG Jam, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal (plastik kekal) dan tak boleh hilang resit dsb. Kalau buka seal, emas tu dianggap sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%!
Syarat jual balik emas Poh Kong. Mesti ada resit, dan seal berkeadaan baik.
#5 – Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat
Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread (susut nilai) sekitar 5% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh. Jadi, kalau nak beli emas, guna duit yang memang tak pakai sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun.
Harga emas ada turun naik dalam jangka pendek. Kalau beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat, pergerakan harga emas mungkin boleh mengganggu tidur malam yang lena.
#6 – Pinjam duit untuk beli emas
Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik dilaburkan. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur. Saya tak syorkan buat pinjaman untuk beli emas melainkan orang yang susah disiplinkan diri menyimpan wang secara konsisten. Mungkin dengan cara buat pinjaman dan beli emas, dapat ‘paksa’ diri menyimpan.
Pelaburan emas terdedah kepada ‘risiko’ turun naik harga yang mungkin boleh mengganggu tidur yang lena bagi sesiapa membeli dengan duit pinjaman.
#7 – Membeli emas ‘paling murah’, tanpa ambil kira faktor lain
Emas paling murah, jual balik pun murah. Emas paling murah tak semestinya terbaik untuk pelaburan. Emas yang dilelong di ar-rahnu belum tentu menguntungkan. Dakwaan ada kedai emas jual emas harga murah pun belum tentu menguntungkan. Kita kena ambil kira juga kadar spreadnya (susut nilainya), kadar upahnya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Kijang Emas BNM (dijual oleh Maybank) bukanlah yang paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.
#8 – Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul
Terbukti, lebih ramai orang rugi berbanding buat untung dengan memajak emas di ar-rahnu. Umumnya, teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak secara mendadak, (2) Duit pinjaman ar-rahnu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Dan antara tips penting untuk memajak emas di Ar-Rahnu, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.
#9 – Membuka sarung plastik kekal
Kebanyakkan emas pelaburan di bank diletakkan dalam bungkusan plastik kekal. Kalau nak buka, ia terpaksa dipotong dan bungkusan plastik itu akan rosak. Emas yang diletakkan dalam plastik kekal sangat cerewet. Bank yang menjual emas tak terima untuk beli balik kalau seal dibuka (potong atau gunting), calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak sebab ar-rahnu perlu buka plastik itu untuk ujian ketulenan! Dan kalau bank tak terima bila nak jual balik, anda akan rugi 25% sebab terpaksa jual emas tu sebagai ‘used gold’ di kedai emas.
Emas yang dijual di bank biasanya berseal begini. Sekali buka seal, anda rugi 25%!
Kijang Emas (Maybank) tak berseal. Tapi tak boleh hilang sampul & resit asal. Dan pastinya tak boleh calar, kemek dsb.
Ini emas versi lama keluaran Public Gold (tak sama dengan Public Bank). Public Gold jamin beli balik emas tu samada calar, kemek, atau bengkok dengan harga tinggi.
Ini emas Public Gold versi baru 2014 yang diiktiraf peringkat antarabangsa i.e. emas LBMA. Kalau buka seal plastik kekal, Public Gold jamin beli emas tu tapi dengan susut nilai 15%. Kalau seal masih baik, susut nilainya cuma 8% dan ke bawah.
#10 – Menjual emas di tempat yang salah
Emas senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa, tapi tempat terbaik menjual emas ialah di mana anda membelinya sebab anda akan dapat harga tertinggi. Kalau beli emas Public Gold, jual balik kepada Public Gold, bukan ke kedai emas atau kepada pengeluar lain. Kalau anda jual ke kedai emas, anda akan rugi sebab mereka akan kenakan spread (susut nilai) sekitar 25%, sedangkan kalau jual semua kepada Public Gold, spreadnya cuma sekitar 4.5% – 8% sahaja. Itulah ‘rule’penting bila nak jual balik apa-apa jenis emas sekalipun. Jadi sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (susut nilai) yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.
Semoga perkongsian 10 tips di atas beri manfaat. Jangan lupa download dan baca ebook Emas A-Z Percuma di bawah:
Kepentingan Simpan Emas + 30 Soalan Kerap Ditanya + 8 Tips + 3 Kisah Inspirasi + 2 Cara Mudah Miliki Emas
>>> DOWNLOAD PERCUMA <<<
>>> DOWNLOAD PERCUMA <<<
>>> DOWNLOAD PERCUMA <<<
Persoalan tentang emas? Tanya saya anytime
Muhammad Muhaimin Mohd Isa
Dealer Emas Sah Public Gold | Emas Patuh Syariah | Emas Mampu Milik
Founder & CEO www.Emas2U.com
012-230 2158
https://emas2u.com
Pingback:Jangan Beli Emas Jika Belum Baca & Faham 10 Perkara Ini – Salam.my