Emas2U – Hari ini (25 November 2020), harga emas turun lagi. Waktu sesuai beli emas atau perlu tunggu lagi? Ini analisa dari pakar.
Momentum jangka pendek untuk harga emas dilihat menurun, dan Chris Vermeulen, ketua strategi pasaran dri Technical Traders mengatakan bahawa support level harga $1,810 dapat diuji sebelum ‘langkah besar’ seterusnya.
Namun, jika harga terus menunjukkan trend di bawah $1,810 per auns, harga emas dijangka akan terus turun hingga $1,600.
Beberapa isu dibincangkan yang merupakan faktor penurunan harga ini adalah:
- Kesan pengumuman vaksin pandemik Covid-19 ke atas emas
- Ekuiti
- Emas: tahap sokongan dan ramalan jangka panjang, dan
- Pelombong emas
Video analisa teknikal penuh:
Sama ada harga akan terus melonjak ke $2,400 atau terus turun ke $1,600, dengarkan penjelasan beliau.
Dalam sumber lain, FX Street menggariskan 4 perkara berikut:
- Harga emas berada pada tahap $ 1,800 iaitu ke paras terendah dalam empat bulan.
- Perubahan kuasa AS yang dimenangi Presiden Biden, harapan potensi vaksin pandemik Covid-19 menyebabkan sentimen dalam pasaran.
- DJI30, S&P 500 ditutup di puncak rekod, DXY mereda.
- Berita utama dari AS, mengenai vaksin dan risiko lain terus menjadi pendorong utama penurunan harga emas
Beberapa komen dari netizen berkaitan penurunan harga emas:
Corona tidak merugikan pasaran, adakah benar vaksin menyebabkan penurunan harga emas? Vaksin tidak menyembuhkan semua hutang, tidak menyembuhkan trilion yang dicetak dan lebih banyak trilion yang akan datang! Ya ini satu peluang dan mungkin peluang yang terakhir.
-MutiAMG
Emas telah menjadi wang selama ribuan tahun dan masih menjadi titik rujukan asas untuk kadar pertukaran mata wang fiat.
Satu-satunya sebab anda mengetahui bahawa dolar jatuh pada nilai sekarang adalah kerana ia diukur berbanding emas.
-LLP
Biden akan menghasilkan hutang yang besar, lebih banyak penguncian, projek tenaga yang dibatalkan dan kenaikan harga emas yang sangat besar.
-Elvis Is Alive