Harga emas Mei 2023 (GAP) menyaksikan beberapa siri kejatuhan harga dan graf mendatar. Namun pada hujung bulan, emas buat comeback! Ini analisis penuh.

Harga emas GAP pada bulan Mei naik secara purata sebanyak RM5.48 per gram (1.8%) dengan graf mencatatkan paras tinggi berbanding April walaupun lebih banyak mendatar.
Harga emas GAP pada bulan ini juga mencatatkan harga tertinggi pertama kali dalam sejarah iaitu RM316 ppada 3 Mei 2023!
Prestasi Harga Akaun Emas GAP
Tertinggi: RM316 (tertinggi dalam sejarah!)
Terendah: RM306
Purata: RM310.61
31-Mei: RM313
30-Mei: RM310
29-Mei: RM309
28-Mei: RM309
27-Mei: RM310
26-Mei: RM311
25-Mei: RM312
24-Mei: RM311
23-Mei: RM310
22-Mei: RM310
21-Mei: RM310
20-Mei: RM310
19-Mei: RM307
18-Mei: RM310
17-Mei: RM310
16-Mei: RM314
15-Mei: RM311
14-Mei: RM311
13-Mei: RM311
12-Mei: RM311
11-Mei: RM312
10-Mei: RM312
09-Mei: RM311
08-Mei: RM309
07-Mei: RM309
06-Mei: RM310
05-Mei: RM315
04-Mei: RM312
03-Mei: RM316
02-Mei: RM306
01-Mei: RM307
Analisis Emas Mei 2023

Artikel bulan Mei 2023:
- 6 Jenis Pelaburan Emas Yang Ramai Tak Tahu
- 7 Tanda Anda Jadi Mangsa Scam. No 5 Ramai Tak Sedar
- Ini Rupanya Punca Harga Emas Menurun
Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang Mei 2023:
2 Mei 2023: Emas kembali melonjak melepasi paras $2,000 susulan pengumuman data pekerjaan AS turun kepada 9.6 juta, lebih rendah daripada jangkaan pada bulan Mac.
4 Mei 2023: Harga emas terus melonjak, kini lepasi paras $2,050 apabila Pengerusi Fed, Jerome Powell memberi petanda berhenti dalam pengetatan kadar.
7 Mei 2023: “A.S. dan China berada di ‘ambang perang’ apabila emas mencecah paras tertinggi dan masalah sektor perbankan semakin meruncing” – Ray Dalio
9 Mei 2023: China meneruskan pembelian emas besar-besaran dalam 6 bulan berturut-turut, dengan tambahan 8 tan emas pada bulan April! Rizab emas China kini berjumlah 2,076.50 tan
15 Mei 2023: Lebih daripada satu perempat rakyat Amerika kini melihat emas sebagai pelaburan jangka panjang terbaik, meningkat 2 kali ganda berbanding tahun lepas.
15 Mei 2023: Emas sepatutnya pada $2,200 sekarang, dolar AS dinilai terlebih 20%, kata BCA Research. Maksudnya harga emas sekarang undervalue?
17 Mei 2023: Harga emas turun hampir $30, jatuh di bawah paras $2,000 kerana kebimbangan pasaran tentang rundingan siling hutang AS.
22 Mei 2023: [Prediction Emas] Harga emas boleh lepasi paras $2,000 semula dengan mudah dalam minggu ini kerana lebih banyak masalah siling hutang akan berlaku – Penganalisis
30 Mei 2023: Emas didagangkan rendah di bawah paras $1,950 menjelang undian siling hutang Kongres dan keputusan penentuan kadar oleh Fed dalam bulan Jun.
31 Mei 2023: Emas naik susulan penurunan dalam hasil Perbendaharaan AS selepas perjanjian di Washington untuk meningkatkan siling hutang kerajaan. Tapi berapa lama emas boleh bertahan?
Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2023 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/
Bagaimana dengan harga emas pada bulan Jun 2023?
Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U untuk berita dan harga terkini emas.