, ,

Harga emas Jun 2025 Lembik Walaupun Perang AS-Iran. Kenapa?

Harga emas Jun 2025 secara purata mencatatkan kenaikan namun tidak naik mendadak ketika perang AS-Iran kerana beberapa faktor. Baca analisis penuh.

harga emas jun 2025

Harga emas GAP pada bulan Jun 2025 secara purata menyaksikan kenaikan, dengan purata harga pada RM496.7 per gram, naik sebanyak RM6.70 per gram berbanding Mei, bersamaan sekitar 1.37%!

Punca penurunan mendadak? Baca kongsian berita di bawah.

Nota: Ketika artikel ini ditulis pada 3 Julai 2025, harga emas tertinggi dalam sejarah adalah $3,509.90 per auns dipecahkan dalam bulan April 2025 (join Telegram Emas2U untuk update harga emas harian).

Prestasi Harga Akaun Emas GAP (06/2025)

Tertinggi: RM509
Terendah: RM484
Purata: RM496.7

30-Jun: RM484➖
29-Jun: RM484➖
28-Jun: RM484⬇️
27-Jun: RM491⬇️
26-Jun: RM493⬆️
25-Jun: RM492⬇️
24-Jun: RM509⬆️🔝
23-Jun: RM500➖
22-Jun: RM500➖
21-Jun: RM500⬇️
20-Jun: RM501⬇️
19-Jun: RM503⬆️
18-Jun: RM501⬇️
17-Jun: RM503⬇️
16-Jun: RM509➖🔝
15-Jun: RM509⬆️🔝
14-Jun: RM508⬆️
13-Jun: RM506⬆️
12-Jun: RM498⬆️
11-Jun: RM492➖
10-Jun: RM492⬆️
09-Jun: RM489➖
08-Jun: RM489⬇️
07-Jun: RM492⬇️
06-Jun: RM494⬇️
05-Jun: RM501⬆️
04-Jun: RM497⬇️
03-Jun: RM502⬆️
02-Jun: RM489➖
01-Jun: RM489➖

Analisis Harga Emas

graf emas jun 2025

Artikel berkaitan/bulan ini:

  1. Jaga-Jaga! Isyarat Perak ‘Rare’ 40 Tahun Sudah Muncul
  2. “Berapa Gram Emas Perlu Beli Setiap Tahun?” Ini Jawapan Pakar
  3. Perang AS Iran: Kenapa Harga Emas Tak Naik Mendadak?

Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang Jun 2025:

2 Jun: Harga emas melonjak hampir 2% kerana kebimbangan geopolitik, perang perdagangan meningkatkan permintaan emas sebagai aset selamat.

4 Jun: Pelabur take note; 5 faktor utama kenaikan harga emas minggu ini:

1. Ketegangan Perdagangan Global
2. Permintaan Tinggi dari Bank Pusat
3. Ketegangan Geopolitik
4. Kelemahan Dolar AS
5. Tekanan Pasaran Saham

7 Jun: Dalam diam-diam perak sedang hampiri paras tertinggi dalam sejarah. Ramai pakar cakap perak sedang undervalue (terlalu rendah) kerana ratio emas:perak terlalu besar.

11 Jun: ‘Ketidaktentuan ekonomi dan ketegangan geopolitik’ akan memacu emas kepada $3,600 per auns menjelang 2026 – Wells Fargo

16 Jun: Kekacauan di Timur Tengah mendorong emas mencatat penutup minggu lepas melebihi $3,400. Hari ini ada sedikit penurunan.

17 Jun: Selain ketegangan geopolitik di timur tengah, krisis hutang AS juga menjadi faktor semasa yang boleh mendorong harga emas naik lebih tinggi.

27 Jun: Kenapa bila AS serang Iran baru-baru ini, harga emas tak naik mendadak seperti semasa mula perang Rusia-Ukraine (awal 2022) dan negara haram Israel-Palestin (Oktober 2023)?

Baca 5 penjelasan: https://emas2u.com/perang-as-iran/

28 Jun: Harga emas turun bawah paras $3,300 kerana:

1. Ketegangan geopolitik ‘reda’ buat masa ini
2. Peningkatan ekonomi global
3. Sentimen pasaran risk-on di mana aliran modal beralih ke saham dan komuditi berisiko
4. Ramai pelabur besar jual emas selepas mendapat keuntungan
5. Fokus pelabur kini bertumpu kepada data inflasi (PCE)

Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2025 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/

Bagaimana dengan harga emas pada bulan Julai 2025?

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>