Harga Emas Dijangka Terus Turun Kerana Faktor Ini | Emas terus berlegar dalam julat harga yang sama sejak beberapa hari lepas apabila diimbangkan dengan dua faktor berlawanan iaitu kenaikan kadar faedah dan inflasi.
Walaubagaimanapun, seorang penganalisis memberi amaran harga emas mungkin akan turun lebih rendah lepasi paras $1800 per auns. Ini sebabnya.
Kenaikan kadar oleh Fed sepatutnya tidak baik untuk emas. Tetapi apabila inflasi naik setinggi ini, ia akan mengambil banyak kenaikan kadar untuk Fed untuk sampai ke tempat di mana kadar sebenar kadar faedah adalah neutral. Dan itulah yang menjadi perhatian emas.
Emas telah menunjukkan prestasi yang baik tetapi itu tidak bermakna logam berharga itu selamat dari kembali semula ke arah $1,800. “Ia merupakan pembetulan sederhana,” katanya.
Fed tidak akan mengubah halatuju mereka dalam masa terdekat. Ini bermakna, kenaikan kadar mungkin akan berlaku lebih kerap dan seterusnya menyebabkan emas turun lebih rendah.
Ini juga bermakna emas akan berada dalam julat $1,824-$1,808 per auns dalam tempoh terdekat.
“Emas mungkin turun di bawah $1,800 menjelang akhir tahun. Terlalu awal untuk mengatakan bahawa Fed akan lebih agresif menangani inflasi. Mungkin ia berlaku apabila pertumbuhan ekonomi mula perlahan, tetapi kami menjangkakan tiada pergerakan ketara inflasi sehingga September atau Oktober.”
Rumusan:
- Harga emas terus berlegar secara mendatar dalam julat yang sama sekitar $1,830.00
- Tindakan Fed di AS dijangka agresif dalam menangani inflasi
sumber: Kitco via Emas2U.com