, ,

Harga Emas April 2021 Mula Trend Menaik, Ini Sebabnya

Graf harga emas mula menaik pada bulan April 2021, adakah harga dalam bulan Mei akan terus naik? Ini pandangan pakar

harga emas april 2021

Harga emas semasa pada bulan April mula dilihat meningkat selepas beberapa bulan penurunan harga sejak November 2020. Harga akaun emas GAP tertinggi April ialah RM260/g.

Prestasi Harga Akaun Emas GAP (April 2021)

Tertinggi: RM260
Terendah: RM246
Purata: RM254.07

30-Apr: RM256⬇️
29-Apr: RM257➖
28-Apr: RM257➖
27-Apr: RM257➖
26-Apr: RM257➖
25-Apr: RM257➖
24-Apr: RM257⬇️
23-Apr: RM258⬇️
22-Apr: RM260⬆️?
21-Apr: RM258⬆️
20-Apr: RM256⬇️
19-Apr: RM257➖
18-Apr: RM257⬇️
17-Apr: RM258⬆️
16-Apr: RM256⬆️
15-Apr: RM251⬇️
14-Apr: RM252⬆️
13-Apr: RM251⬇️
12-Apr: RM252➖
11-Apr: RM252➖
10-Apr: RM252⬇️
09-Apr: RM254⬆️
08-Apr: RM252➖
07-Apr: RM252⬆️
06-Apr: RM251⬆️
05-Apr: RM250➖
04-Apr: RM250➖
03-Apr: RM250⬆️
02-Apr: RM249⬆️
01-Apr: RM246⬆️

Analisa April 2021

Harga bulan April 2021 mula menunjukkan trend menaik. Harga tertinggi emas GAP mula mencecah RM260 per gram. Harga dilihat mendatar pada hujung bulan mulai 24 April 2021.

Purata harga pada bulan April 2021 juga meningkat secara purata RM7.33 per gram kepada RM254.07 per gram berbanding RM246.74 per gram pada Mac 2021, berkadar hampir 3%.

harga emas public gold april 2021

Ini telah menyebabkan v shape kepada graf harga emas tahun 2021 seperti berikut

harga emas malaysia 2021

Harga Terus Naik Mei Ini? Ini Pandangan Pakar

Adakah harga emas Mei akan terus naik? Menurut kitco.com, harga emas akan lebih kukuh susulan tindakan Presiden AS, Joe Biden mengumumkan pelan ekonomi yang akan melibatkan perbelanjaan lebih 2 trilion dollar.

Biden memulakan ucapannya kepada Kongres dengan mempromosikan Pelan Infrastruktur Amerika, yang mencadangkan $2 trilion untuk meningkatkan infrastruktur negara itu. Bidden menekankan bahawa rancangan itu akan menyediakan akses internet berkelajuan tinggi untuk penduduk luar bandar Amerika dan meningkatkan jaringan kuasa dan mengembangkan tenaga hijau untuk memerangi perubahan iklim.

Bersama dengan rancangan infrastrukturnya, Biden juga memperkenalkan Rancangan Keluarga Amerika sebanyak $1.8 trilion yang akan memberikan penjagaan anak yang murah kepada keluarga berpendapatan rendah dan kelas pertengahan. Rancangannya juga merangkumi pendidikan percuma selama dua tahun di kolej komuniti.

Lebih banyak dolar AS yang dibelanjakan, lebih kukuh dan kuat harga emas.

Lihat sejarah analisa dan graf harga emas di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/. Semoga sejarah harga emas ini membantu anda monitor harga dan membuat keputusan untuk pembelian seterusnya.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>