,

Big Beautiful Bill Oleh Trump Bakal Gawat Ekonomi Global?

Big Beautiful Bill ialah satu undang-undang besar (lebih 1,000 muka surat) yang digabungkan dari perubahan cukai, perbelanjaan persekutuan dan pembayaran hutang. Ia digelar “One Big Beautiful Bill” dan diluluskan oleh Parlimen AS melalui proses reconcilasi bajet pada awal Julai 2025. Ini summary dan impak yang perlu kita fahami.

Big Beautiful Bill

Ringkasan Akta One Big Beautiful Bill

  1. Mengekalkan cukai rendah dari tahun 2017, dan menghapus cukai atas pendapatan daripada tip serta kerja lebih masa.
  2. Potongan cukai untuk pencen, warga emas, pendapatan keluarga kecil dan potongan “state and local tax (SALT)” dinaikkan.
  3. Perbelanjaan besar untuk pertahanan (Golden Dome, sistem peluru berpandu), imigresen dan sempadan; antara US$150–350 bilion.
  4. Pemotongan besar terhadap perbelanjaan program sosial: Medicaid, SNAP (bantuan makanan), insentif tenaga hijau dan subsidi kereta elektrik.
  5. Penghapusan cukai atas beberapa manfaat (contohnya tip & overtime) sehingga 2028.
  6. Kenaikan had hutang (“debt ceiling”) sebanyak sekitar US$4–5 trilion.

Pelbagai reaksi yang diterima daripada pengumuman akta Big Beautiful Bill yang diperkenalkan oleh Donald Trump melalui White House, antaranya 5 perkara di bawah:

  1. Defisit negara dijangka akan bertambah sebanyak US$3–4 trilion dalam tempoh 10 tahun oleh Kongres (CBO).
  2. Sebanyak 11–12 juta rakyat AS dijangka akan kehilangan akses kepada Medicaid menjelang 2034, dan beberapa juta lagi kehilangan bantuan makanan SNAP.
  3. Kritikan utama dari Demokrat dan sesetengah Republikan – Akta ini menguntungkan golongan kaya dan menyusahkan lagi golongan miskin.
  4. Elon Musk, yang pernah memberi sokongan kepada Trump, menyifatkan undang-undang ini sebagai “disgusting abomination” kerana akan memburukkan defisit dan memotong bantuan penting.
  5. White House pertahankan akta ini sebagai “deklarasi kemerdekaan ekonomi” dan menyatakan ia akan mencapai “golden age” AS.

Impak Terhadap Ekonomi Global:

  1. Pasaran Kewangan Global Jadi Tidak Stabil
    – Kebimbangan terhadap kemampuan AS membayar hutang (debt ceiling naik), boleh ganggu keyakinan pelabur global terhadap bon AS & nilai dolar.
    – Jika pelabur mula tarik diri, pasaran saham global boleh terjejas, terutamanya di negara membangun.
  2. Dasar Perlindungan & Ketenteraan AS Akan Mengganggu Perdagangan Antarabangsa
    – Fokus Trump terhadap sempadan, ketenteraan dan pengeluaran tempatan boleh menyebabkan ketegangan perdagangan dengan China, Mexico dan EU.
    – Negara-negara lain mungkin membalas dengan tarif atau larangan perdagangan, menjejaskan rantaian bekalan global dan harga komoditi.

Big Beautiful Bill ini adalah undang-undang besar yang menggabungkan potongan cukai menyeluruh, peningkatan perbelanjaan ketenteraan dan sempadan, serta pengurangan manfaat sosial dan subsidi tenaga. Ia duta kepada senario ekonomi konservatif Trump: mengutamakan pembayar cukai, pertumbuhan ekonomi dan keselamatan negara—tetapi bersama risiko hutang besar dan kesan terhadap golongan berpendapatan rendah.

Sumber: Time, The Guardian via Emas2U.com


    Dah ready nak simpan emas?

    PM Cik Ida >>