Emas2U – Sindiket penipuan kewangan semakin aktif lebih-lebih lagi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Sebelum kita beli emas Public Gold secara online, pastikan kita buat 3 perkara ini.
Jadi apa yang perlu kita lakukan sebelum membeli emas secara online?
#1 Pastikan Website Yang Dilayari Ialah Website Asal Syarikat
Salah satu teknik penipuan scammer, mereka mendirikan sebuah website yang menyerupai website bank. Jadi untuk kes emas contohnya, pastikan website yang dilayari adalah website asal. Website asal Public Gold ialah publicgold.com.my.
Buat pendaftaran atau pembelian melalui dealer yang sah dan dipercayai. Hubungi dealer sah Public Gold, Muhaimin di no tel 012-2302158 (Pastikan no tel yang betul dan bukan no lain).
Website Emas2U.com, merupakan website yang dimiliki oleh dealer Muhammad Muhaimin bin Mohd Isa sejak 2018.
#2 Pastikan Dealer Yang Anda Hubungi Adalah Dealer Sah
Bagi memastikan dealer yang anda hubungi adalah dealer sah Public Gold, minta mereka nama penuh dan PG Code dan hubungi mana-mana cawangan Public Gold, confirmkan yang mereka ini dealer sah Public Gold. Senarai cawangan dan no tel boleh refer di sini.
Dealer Emas2U semuanya dealer yang sah dan aktif, anda boleh sahkan sendiri, mention nama saya Muhammad Muhaimin bin Mohd Isa (PG Code PG00149040).
#3 Pastikan Pembayaran Dilakukan Ke Atas Akaun Bank Syarikat & Bukan Individu
Awas jika dealer minta bayar ke akaun peribadi. Boleh jadi (yes, kemungkinan besar) dia adalah scammer!
Dealer sah Public Gold wajib memberikan no akaun atas nama Public Gold Marketing Sdn Bhd dan inilah yang dilakukan oleh Emas2U sejak mula beroperasi.
Kesimpulannya, sebelum buat pembelian, pastikan dealer tersebut betul-dealer sah, bukan individu yang cuba mengambil kesempatan di waktu sukar ini.
Tanya saya tentang emas: