, ,

Apa Perbezaan Emas 999.9 dan 99.99?

Perbezaan Emas 999.9 dan 99.99 | Banyak jenis dan kualiti emas dalam pasaran, ada emas 999, emas 916, emas 750 dan banyak lagi. Tapi apa perbezaan emas 999.9 vs 99.99? Ini jawapan pakar.

perbezaan emas 999

Sebelum ini Emas2U pernah kongsikan pelbagai kualiti emas, at least ada 15 dalam pasaran. Boleh baca di sini. Tapi apa beza emas 999.9 dan emas 99.99?

Perkongsian dari posting oleh Tn Syukor Hashim:

Baru-baru ini saya menerima soalan berkenaan emas yang berketulenan 99.99 dan emas 999.9

Apa bezanya ke ketulenannya?

Jawapan: Kedua-duanya merujuk kepada ketulenan yang SAMA.

1) Apabila pengeluar emas mencetak nombor 99.99 (biasanya tanpa tanda %) diatas jongkong emas tersebut , mereka merujuk ketulenan di dalam bentuk peratus (tengok gambar gold bar Perth Mint)

99.99 bermaksud emas ini berketulenan 99.99% daripada 1000 bahagian emas (99.99% from 1000 part of gold)

2) Apabila pengeluar mencetak nombor 999.9, mereka merujuk kepada kandungan emas adalah sebanyak 999.9/1000 bahagian emas (999.9 per 1000 part of gold). Tengok gambar jongkong emas Public Gold.

Mari kita convert 99.99% kepada per thousand part of gold.

Pengiraannya adalah seperti berikut:

(𝟵𝟵.𝟵𝟵/𝟭𝟬𝟬) 𝘅 𝟭𝟬𝟬𝟬 = 𝟵𝟵𝟵.𝟵 <== 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝟵𝟵𝟵.𝟵

Dengan kata lain, ketulenan 99.99 dan 999.9 adalah sama. Cuma bila pengeluar tak letak tanda peratus, itu yang orang jadi keliru.

Kemudian, apa beza diantara fine gold dan pure gold? Jawapan tiada beza. Itu adalah istilah bahasa Inggeris sahaja.

Contoh, madu asli dan madu tulen. Apa beza tulen dan asli? Sama sahaja.

Last sekali, kalau nak bagi senang faham, saya bagi konteks yang lain sikit.

Apakah beza tali panjang 100 cm dan tali panjang 1 meter?

Jawapan: Sama sahaja panjangnya.

Cuma satu disebut dalam cm dan satu lagi disebut dalam meter.

Semoga bermanfaat!


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>

LIKE | FOLLOW Emas2U

FB Group: https://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Facebook: https://bit.ly/Emas2U
Instagram: https://www.instagram.com/emas2u_com
Youtube: https://www.youtube.com/emas2u
App Emas2U: https://app.emas2u.com