, ,

Adakah Berbaloi Kita Simpan Emas Dan Perak? Ini Jawapan Pakar

Emas2U.com – Adakah berbaloi kita simpan emas dan perak? Ini jawapan konsultan kewangan yang membuka mata ramai individu. Baca dan kongsikan.

Di antara tanda ekonomi dunia sedang dalam kesakitan ialah harga emas naik mendadak. Saya sendiri membeli pada harga yang murah, tiba-tiba naik mendadak, terkejut sekejap.

Apabila ekonomi dunia berada dalam keadaan yang tidak stabil, pelabur akan terus memborong aset yang paling selamat iaitu emas dan perak!

Aset kertas seperti matawang negara akan jatuh mendadak seperti yang berlaku ketika krisis ekonomi 1998, matawang Ringgit Malaysia jatuh sehingga 40%.

Kenapa Jadi Begini?

Kita berbalik kepada asas, apabila manusia menghadapi situasi di luar kebiasaan kita akan pergi mencari perlindungan. Selain daripada makanan dan tempat tinggal untuk meneruskan kehidupan, harta juga ingin dijadikan bekalan.

Adakah wang sekarang masih laku jika terjadi peperangan? Atau tiba-tiba nilai mata wang jatuh dan tidak lagi bernilai? Apabila ini berlaku, emas dan perak akan menjadi rebutan.

Ada yang mempunyai matlamat mengumpul emas untuk menunaikan fardhu haji, untuk melancong atau pelajaran anak-anak. Emas boleh jual apabila masa yang sesuai.

Ada juga orang berniaga dan membeli emas ketika mendapat imbuhan yang banyak. Ianya boleh digadai sementara untuk mendapatkan modal pusingan bisnes apabila keadaan terdesak.

Zaman Nabi sekitar 1,400 tahun dulu, 1 dinar (emas 4.25 gram) boleh beli seekor kambing. Sekarang ini, harga 1 dinar sekitar RM800-RM1000. Secara logiknya, ia masih mampu membeli seekor kambing.

Ia berbeza dengan duit kertas (wang fiat). Emas mampu untuk mengekalkan kuasa beli dan terbukti kalis inflasi selama ribuan tahun, nilai emas tidak berubah tetapi harga emas yang berubah-ubah.

Emas, dinar, dirham dan perak juga merupakan aset yang mudah cair. Apabila memerlukan tunai, kita jual atau gadai sahaja, kemudian kita akan dapat wang kembali. Nilainya besar dan diterima di mana-mana saja di seluruh dunia.

Sebagai contoh:

RM1,000 kita beli 1 Dinar
RM1,000 beli kerusi meja

Dua-dua bernilai, cuma apabila keadaan memerlukan, 1 Dinar itu lebih bernilai walaupun sudah 20 tahun. Berbanding  kerusi meja yang sudah rosak atau berkurang nilainya.

Perlu diingatkan juga, dalam keterujaan kita mengumpul aset bernilai ini apabila sudah cukup haul, kita wajib membayar zakat.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham, dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)

“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”

(Surah At-Taubah Ayat 34)

Cara kira zakat emas: https://emas2u.com/cara-kira-zakat-emas/
Video cara kira zakat emas: https://youtu.be/kqqxRhmwybY

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata via Majalah Labur. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan unit amanah dan takaful di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu. Maklumat lanjut tentang Puan Sarah Hata:

sarahata.com
linktr.ee/sarahata.official
about.me/sarahata


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>