Harga emas bulan Oktober 2024 menyaksikan beberapa siri pecah rekod tertinggi dalam sejarah. Ada 5 faktor utama kenaikan mendadak ini. Baca analisis penuh.
Harga emas GAP pada bulan Oktober 2024 menyaksikan beberapa siri kenaikan tertinggi dalam sejarah, secara purata naik sebanyak RM19.82 per gram berbanding September bersamaan lebih 5.18%!
Nota: Harga emas dunia naik ke paras tertinggi dalam sejarah dalam bulan Oktober mencecah $2,790.07 per auns (join Telegram Emas2U untuk update harga emas harian).
Prestasi Harga Akaun Emas GAP (10/2024)
Tertinggi: RM426
Terendah: RM380
Purata: RM402.35
31-Okt: RM426⬆️9️⃣🔝
30-Okt: RM422⬆️8️⃣
29-Okt: RM417⬆️7️⃣
28-Okt: RM416➖
27-Okt: RM416⬆️6️⃣
26-Okt: RM415➖
25-Okt: RM415⬆️5️⃣
24-Okt: RM413⬇️
23-Okt: RM414⬆️4️⃣
22-Okt: RM409➖
21-Okt: RM409➖
20-Okt: RM409⬆️3️⃣
19-Okt: RM408⬆️2️⃣
18-Okt: RM405⬆️1️⃣
17-Okt: RM401➖
16-Okt: RM401⬆️
15-Okt: RM397⬇️
14-Okt: RM398➖
13-Okt: RM398➖
12-Okt: RM398⬆️
11-Okt: RM393⬆️
10-Okt: RM392⬆️
09-Okt: RM391⬇️
08-Okt: RM396⬆️
07-Okt: RM391➖
06-Okt: RM391⬆️
05-Okt: RM390➖
04-Okt: RM390⬆️
03-Okt: RM385⬇️
02-Okt: RM387⬆️
01-Okt: RM380⬇️
Analisis Harga Emas
Artikel berkaitan/bulan ini:
- Victorinox Swiss Army: Senarai Pemenang
- 7 Sebab Kenapa Anda Perlu Simpan Emas
- Belanjawan Madani 2025: Pembentangan [LIVE]
Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang Oktober 2024:
2 Okt: Goldman Sachs meningkatkan sasaran harga emas kepada $2,900/oz menjelang awal 2025 susulan (1) kadar faedah global yang lebih rendah, (2) permintaan bank pusat yang lebih tinggi dan (3) faedah lindung nilai emas terhadap risiko geopolitik, kewangan dan kemelesetan.
2 Okt: Serangan Iran ke atas negara haram Israel telah menyebabkan:
Harga emas 🔺
Harga minyak mentah 🔺
Saham Wall Street mostly 🔻
Bitcoin 🔻
4 Okt: Harga emas dan perak di posisi mendaki susulan dagangan lebih lemah menjelang pengumuman data ekonomi A.S. hari ini.
8 Okt: Sejak 2021, bank-bank pusat dunia telah membeli jumlah emas pada kadar yang tidak pernah berlaku sebelum ini, menyumbang dengan beberapa siri kenaikan harga emas tertinggi sepanjang zaman.
Kerajaan China juga membeli emas pada kadar tan tertinggi dalam beberapa bulan berturut-turut tahun ini.
Kerajaan Rusia pula sedang mempertimbangkan untuk membelanjakan 51 bilion rubel ($535.5 juta) dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk menambah rizab emasnya.
Apa impak 3 berita di atas?
Jawapan mudah:
Permintaan emas 🔺 = harga emas 🔺
16 Okt: Harga emas naik, hampiri rekod tertinggi susulan permintaan tinggi di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin meningkat.
17 Okt: Hari ini, anda sedang menyaksikan harga emas mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada $2,688.72 (17 Oktober 2024)
23 Okt: Emas terus melonjak susulan penjualan pasaran bon yang terus bergelora dan pilihan raya AS yang semakin hampir. Kemungkinan kemenangan Trump yang semakin meningkat juga menyebabkan penganalisis tergesa-gesa meramalkan dasar ekonomi terhadap harga aset.
30 Okt: Harga emas melonjak hampiri paras $2,800 kerana 5 faktor ini:
1. Konflik politik geopolitik,
2. Normalisasi kadar faedah Rizab Persekutuan,
3. Permintaan kukuh yang berterusan daripada bank pusat global,
4. Ketidakpastian keputusan pilihan raya presiden AS akan datang, dan
5. Kemungkinan rangsangan fiskal yang lebih banyak.
Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2024 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/
Bagaimana dengan harga emas pada bulan November 2024?
Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.