, ,

Duit Simpanan Rosak Dimakan Anai-Anai (Video)

Duit Simpanan Rosak Dimakan Anai-Anai | Baru-baru ini tular perkongsian video duit kertas rosak dimakan anai-anai. Duit simpanan sejak bertahun-tahun habis sebahagian besar tidak lagi boleh digunakan.

duit simpanan rosak

Berikut artikel yang dikongsikan oleh Kosmo dan 3 tips elak duit simpanan rosak.

Sumber: Kosmo via Emas2U

Seorang wanita terpaksa berputih mata apabila duit simpanan yang disimpan selama dua bulan dalam sebuah bekas tabung besi, habis musnah dimakan anai-anai.

Menerusi perkongsian di laman TikTok @madam_mama06, kesan daripada ‘serangan’ serangga kecil itu, kesemua wang kertas dengan nilai RM50, RM20 dan RM10, hancur dimakan, meninggalkan not bernilai RM1 dan RM5 sahaja yang selamat.

“Jadi ‘kerabu sarang’ terus, makan habis tak tinggal langsung. Hancur lebur woi, yang nilai kecil dia tak makan pula, makan yang nilai besar-besar saja ya,” ujarnya.

Meninjau ke ruang komen, pengguna yang lain turut bersimpati dengan kejadian buruk itu dan mencadangkan supaya segera menukar duit yang rosak dengan pihak bank.

“Boleh tukar di bank, saya ada pengalaman simpan duit dalam tabung buluh lagi teruk dari itu. Duit simpanan nak nikah, kawan nasihatkan supaya pergi bank tukar yang penting kena ada nombor siri,” ujar @cardovacreative24.

“Saya pernah tukar duit yang dah reput, langsung tak ada rupa, dekat Bank Negara, dalam borang saya tulis anggaran RM1,000. Selepas tiga bulan, bank hantar cek bernilai RM1,362, makmal boleh menilai jumlahnya,” kongsi seorang pengguna.

“Duit kecil dari plastik anai-anai tak makan, dia makan kertas. Peti besi yang nipis akan berkarat, boleh tembus. Simpanlah di tempat yang selamat contohnya seperti simpan dalam bekas plastik ‘tupperware’, anai-anai suka tempat yang mudah berkarat,” kata @razianiyacob.

@madam_mama06

Moga Allah swt gantikan rezeki utk my mom yg berlipat kali gandaa….

♬ Crying, Woman – Authentic Sound Effects

3 tips elak duit simpanan rosak:

  1. Simpan duit dalam bekas yang lebih tahan seperti peti besi anti karat
  2. Simpan duit dalam bank, ASB dan Tabung Haji
  3. Tukar menjadi aset bernilai lain seperti hartanah dan emas. Mula simpanan emas di sini

Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>