, ,

5 Sifat Emas Yang Tiada Pada Duit. #3 Paling Win

Sifat emas yang tidak dapat ditandingi merupakan faktor utama emas begitu berharga dan dijadikan wang sebenar sejak ribuan tahun dulu.

sifat emas tiada pada duit

Beberapa kali disebut dalam Al-Qur’an, sudah pasti ada mesej jelas daripada penciptanya, Allah swt akan nilai logam kuning ini. Kali ini, Emas2U kongsikan 5 sifat emas yang tiada pada duit ciptaan manusia.

5 SIFAT ISTIMEWA EMAS

#1 Takat lebur (melting point) emas ialah 1,064 °C.

  • Jika emas dipanaskan di bawah suhu ini, emas tidak akan cair.
  • Kebiasaannya kita membakar kek pada suhu 180°C, kek sudah cukup masak. Pada suhu ini juga duit kertas boleh terbakar dan hangus, logam timah juga boleh cair tetapi emas tidak akan terjejas pada suhu ini. Wow!

#2 Emas tidak dapat dimusnahkan

emas terbakar
Walaupun terbakar, emas masih bernilai
  • Walaupun dibakar ia tetap jadi ketulan emas semula, tidak reput, tidak busuk, tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik.
  • Suhu api rumah terbakar adalah sekitar 530°C. Suhu ini masih belum mampu mencairkan atau memusnahkan emas.

#3 Emas tiada tarikh luput

  • Emas yang boleh didapati hari ini boleh jadi daripada emas yang sama digunakan sejak ratusan (malah ribuan) tahun dulu.
  • Zaman atau kerajaan telah bertukar tetapi emas terus bernilai dan diterima.

#4 Emas tidak boleh dicipta, dicetak atau dimusnahkan oleh manusia

  • Jumlahnya tidak pernah bertambah atau berkurang.
  • Oleh itu, nilainya akan semakin meningkat kerana jumlah emas yang ada di muka bumi ini adalah terhad.

#5 Emas adalah konduktor elektrik yang sangat baik

  • Emas digunakan sebagai logam sentuhan dalam industri elektronik kerana ia merupakan konduktor yang baik bagi kedua-dua elektrik dan haba.
  • Tidak seperti logam lain, emas tidak mudah luntur apabila didedahkan dengan udara. Sebaliknya, logam lain seperti keluli atau tembaga terhakis apabila ia bersentuhan dengan oksigen untuk masa yang lama. Selain itu, ia juga kekal konduktif untuk tempoh yang lebih lama.

Semoga 5 sifat emas di atas memberi anda kefahaman yang lebih dalam tentang emas.

Teringin simpan emas? PM Cik Ida untuk bimbingan percuma


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>

LIKE | FOLLOW Emas2U

FB Group: http://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
App Emas2U: https://app.emas2u.com