Harga emas terus menyaksikan penurunan ke bawah paras $1800 susulan 3 perkara ini. Namun, ada faktor yang mungkin akan melonjakkan semula emas. Teruskan membaca.
Dalam artikel yang lepas, harga emas turun mendadak susulan pengumuman Presiden AS Biden untuk mencalonkan Pengerusi Jerome Powell untuk terus menerajui Rizab Persekutuan.
Harga emas jatuh sekitar 1% kepada paras terendah hampir tiga minggu pada hari Selasa lepas apabila penamaan semula Pengerusi Rizab Persekutuan A.S. Jerome Powell mendorong pertaruhan kenaikan kadar faedah yang lebih pantas, mengukuhkan hasil dolar dan Perbendaharaan.
Pengukuhan matawang USD pada ketika ini juga terus memberi tekanan kepada harga emas.
Semalam harga emas ditutup pada $1789.70.
Selain itu, hasil Perbendaharaan A.S. 10 tahun juga dilihat mengukuh. Ini mendorong kepada penurunan harga emas.
Ringkasan peristiwa yang menjadi punca harga emas turun tersungkur:
- Biden mencalonkan Powell sebagai pengerusi Fed, Brainard sebagai naib pengerusi
- US Dolar mencecah paras tertinggi dalam 16 bulan
- Hasil perbendaharaan AS 10 tahun mengukuh
Walaupun berlaku ketidaktentuan harga emas pada minggu ini, pasaran emas dilihat kembali ke wilayah neutral.
Menurut beberapa penganalisis, logam berharga itu kekal disokong oleh minit mesyuarat dasar monetari Federal Reserve November. Minit tersebut menunjukkan bahawa jawatankuasa tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah.
Selain Fed yang masih ‘bersabar’ untuk menaikkan kadar faedah, tahap inflasi tinggi yang diramalkan berterusan juga boleh menjadi faktor harga emas ‘bangkit semula’.
Harga emas yang rendah ibarat diskaun besar kepada pencinta emas untuk menambah simpanan.
Mula simpanan emas, klik Public Gold untuk daftar percuma sebagai ahli.
sumber: Kitco, Reuters, CNBC, The Edge Markets