, , ,

Rugi Jual Emas Public Gold. Ini Sebabnya

Emas2U – Inikah keburukan Public Gold? Adakah Public Gold penipu? Public Gold tak laku? Artikel ini menjawab persoalan kenapa anda rugi jika jual emas Public Gold.

Nak mula simpan emas mesti ada ilmu. Anda mesti faham nilai emas itu sendiri, graf harga emas dan kenapa penting simpan emas. Saya pernah kongsikan dalam kelas online Youtube Emas2U di sini. Sheikh Imran Hosein juga pernah sebut kepentingan simpan emas dan perak berbanding wang ringgit di sini. Anda wajib tahu tentang spread bila nak jual emas. Anda mesti mempunyai mindset simpan emas lebih sesuai untuk jangka masa panjang.

Baik, kali ni saya nak share, dalam situasi yang bagaimana anda akan mendapat pulangan yang rendah malah mungkin rugi jika jual emas Public Gold;

#1 Baru Beli Emas Sebulan, Dah Nak Jual

Saya kecewa dengan sebilangan penyimpan yang salah faham tentang simpanan emas ni. Mereka sangka boleh dapat pulangan dalam jangka masa pendek. Esek nak fikir cepat kaya je.

Sedangkan mereka perlu faham, simpanan emas adalah simpanan long term kerana (i) Short term harga emas ada turun dan naik, dan (ii) Bila nak jual semula kepada Public Gold atau mana-mana kedai emas lain sekalipun, harga semasa akan ditolak dengan spread. Baca Pulangan Kecil Dalam Jangka Masa Pendek.

Sebab tu, mana-mana customer yang nak beli emas Public Gold melalui saya, saya akan bimbing tentang point ini sebelum mereka membeli. Dan selepas pembelian pertama saya akan masukkan ke dalam group Whatsapp Emas Kini agar mereka benar-benar faham tentang simpanan emas. Follow Emas2U untuk perkongsian ilmu emas percuma.

#2 Beli Gram Kecil Pada Harga Runcit

Ramai tak sedar tentang perkara ini. Berkali-kali saya pesan bahawa kalau nak beli emas, elakkan membeli emas fizikal gram kecil, kalau nak beli emas fizikal, minimum 1 dinar, ini sebabnya.

Kenapa? Ini kerana harga per gram emas dan harga spread berbeza bagi setiap unit. Lebih besar gram, lebih rendah harga per gram dan lebih rendah spread. Apa itu harga per gram? Bagaimana nak kira harga per gram? Baca sini.

Bila anda beli emas gram kecil pada harga runcit dan hendak jual semula, memanglah rugi! So kalau bajet kecil apa nak buat? Lebih berbaloi buka akaun Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold. Apa yang bagusnya akaun GAP ni? Ini 20 kelebihan akaun GAP. Yang paling best, ianya free dan tiada upah simpan. Follow cara mudah buka akaun GAP di sini. Tak perlu ke cawangan.

#3 Jual Emas Semasa Harga Emas Rendah

Saya nasihatkan semua penyimpan emas agar merekodkan harga pembelian emas, saya pernah kongsi cara track emas kita di sini. Dalam app Emas2u pun ada fungsi Urus Emas di mana kita boleh rekod setiap pembelian emas kita (fizikal atau GAP). Siap ada reminder untuk bayar zakat. Bila simpanan emas kita cecah 85 gram, kita wajib bayar zakat.

Sebelum jual emas sebaiknya kita lihat harga semasa. Berdasarkan graf harga emas, kita boleh tahu harga sedang tinggi atau rendah. Kira dulu spread yang akan ditolak dan kemudian tolakkan dengan harga beli. Barulah nampak pulangannya.

Kesimpulan

So, saya harap 3 point di atas membantu anda lebih faham tentang simpanan emas. Mesti betul-betul jelas tentang ini sebelum mula beli emas pertama.

Ada lagi yang tak faham? Saya sedia bantu (anytime!)


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>

One Ping

  1. Pingback: