8 Ayat Tentang Emas Dalam Al-Quran | Emas2U.com – Emas merupakan barang yang sangat bernilai sehingga ada disebut dalam Al-Qur’an beberapa kali. Kami kongsikan 8 ayat yang disebut dalam Al-Qur’an berkaitan emas. Semoga bermanfaat!
Tahukah anda terdapat 8 ayat dalam Al-Qur’an yang membicarakan tentang emas. Antaranya seperti berikut:
#1 – Emas Dijadikan Indah Pada Pandangan Manusia
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).”
(Surah Ali-Imran : 14)
#2 – Emas Adalah Barang Tukaran Paling Bernilai
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Sesungguhnya, orang-orang yang kafir lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.”
(Surah Ali-Imran : 91)
#3 – Emas Sebagai Simpanan Sebenar
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya, banyak di antara pendeta dan ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan, (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
(Surah at-Taubah : 34)
#4 – Emas Sebagai Perhiasan Dalam Syurga
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Mereka itu disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah syurga tempat berehat yang sebaiknya.”
(Surah al-Kahfi: 31)
#5 – Perhiasan Bagi Orang Mukmin
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Sesungguhnya, Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.”
(Surah al-Hajj: 23)
#6 – Balasan Bagi Mereka Yang Beroleh Syurga
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“(Balasan mereka ialah) syurga-syurga Adn, yang mereka akan memasukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.”
(Surah Fatir: 33)
#7 – Emas Lambang Dan Bukti Kekayaan Sebenar
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Jika benar ia seorang Rasul), maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?”
(Surah az-Zukhruf: 71)
#8 – Barangan Berharga Buat Penghuni Syurga
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): ‘Kamu adalah tetap kekal di dalamnya’.”
Apabila al-Quran sendiri ada menyebut tentang emas – sama ada dalam hukum-hakam atau perbandingan – maka, sudah tentu emas menyimpan suatu maksud yang tersirat tentang nilainya.
Jika anda mencari sumber kewangan atau pelaburan terbaik pada masa hadapan, emas adalah jawapannya. Namun, perlu diingatkan sebelum membuat apa-apa tindakan, perlulah mendapatkan ilmu tentangnya terlebih dahulu.
Baginda Nabi SAW juga turut bersabda;
“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia melainkan dinar dan dirham.”
(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Bin Hanbal)
Wallahua’lam.
Anda dah bersedia untuk memiliki emas 24k dijamin tulen dan patuh syariah? Emas2U kongsikan 2 cara mudah beli emas di sini. Jika ada persoalan boleh Whatsapp 0122302158 (Muhaimin) anytime!
sumber: Tazkirah.net
Pingback:5 Sebab Anda Perlu Bertukar Dari Pelaburan Wang Ringgit Kepada Pelaburan Emas – Emas2U – Tips Pelaburan Emas
Pingback:8 Ayat Tentang Emas Dalam Al-Quran – Salam.my
Pingback:8 Kelebihan Menyimpan Emas Fizikal – Emas2U – Tips Pelaburan Emas
Pingback:Emas Dijangka Cecah RM503 Satu Gram Menjelang 2020 – Emas2U – Tips Pelaburan Emas
Pingback:5 Sebab Anda Perlu Bertukar Dari Pelaburan Wang Ringgit Kepada Pelaburan Emas – Emas2U – Tips Pelaburan Emas
Pingback:Pernah Terfikir Bagaimana Emas Wujud, Dari Mana Ia Datang? – Emas2U – Tips Pelaburan Emas
Pingback:5 Sebab Anda Perlu Simpan Emas Sekarang – Emas2U – Tips Pelaburan Emas