,

6 Cara Menguji Ketulenan Emas, #2 Paling Senang Tapi Ramai Tak Tahu

6 Cara Menguji Ketulenan Emas, #2 Paling Senang Tapi Ramai Tak Tahu | Emas2U.com – Adalah sangat penting untuk kita mengetahui ciri-ciri emas palsu atau asli. Ia merupakan ilmu dan persediaan agar tidak tertipu semasa membeli emas. Emas2U kongsikan 6 cara untuk menguji samada emas asli atau palsu.

#1 Uji Ketulenan Emas Secara Visual

1. Periksa cop pada emas, kebiasaannya ada tertera dalam bacaan fineness (1-999 atau 0.1 – 0.999) dalam bacaan karat (10k, 14k, 18k, 22k, atau 24k). Jika terlalu kecil gunakan kanta pembesar untuk pastikan dengan betul kerana sesetengah emas palsu juga dicop dengan bacaan emas agar nampak seperti asli.

2. Perhatikan perubahan warna dengan cara menggosok dengan jari pada mana-mana bahagian emas itu. Emas palsu akan menampakkan warna logam yang lain dan perbezaan warna dengan emas asal.

#2 Uji Emas Dengan Magnet

– Gunakan magnet dan uji pada emas. Jika emas melekat pada magnet bermakna ia adalah emas palsu kerana sudah bercampur dengan logam lain seperti besi. Tapi awas, ada juga emas palsu yang dicampurkan dengan bahan logam lain yang tidak magnetik. Cadangan Emas2U, ujian ini perlu digabung dengan ujian lain supaya keputusannya lebih tepat dan meyakinkan.

#3 Gores Emas Pada Seramik

– Ujian ini lebih mudah tetapi agak berisiko kerana emas mungkin akan tergores dan calar. Caranya adalah goreskan emas pada permukaan seramik, jika ada goresan hitam bermakna emas itu adalah palsu tetapi jika tiada kesan hitam bermakna itu adalah emas asli.

#4 Gigit Emas

– Cara ini biasanya dilakukan oleh atlet. Boleh juga menggunakan cara ini tetapi emas akan sedikit kemek dan mempunyai kesan gigitan. Caranya dengan mengigit emas tersebut (jangan terlalu kuat) kerana secara teori, emas asli akan terdapat sedikit kesan gigitan, kesan gigitan semakin dalam jika emas tersebut adalah 24 karat.

#5 Uji emas dengan Asid Nitric

– Ini merupakan cara yang cukup bagus untuk mengenal emas asli atau palsu tetapi cara ini agak bahaya kerana menggunakan asid, sebaiknya minta pekerja kedai emas untuk membuatnya. Langkahnya adalah seperti berikut :-

a. Letak emas dalam bekas besi stainless steel.
b. Letak setitik Asid Nitric pada emas dan lihat kesan perubahan yang dihasilkan.
c. Reaksi warna hijau menunjukkan logam besi berlapis emas.
d. Reaksi emas menunjukkan logam kekuningan berlapis emas.
e. Reaksi warna susu menunjukkan logam perak berlapis emas.
f. Jika tiada reaksi bermakna ia adalah emas asli.

#6 Ukur Kepadatan Emas

– Kepadatan emas yang tepat ialah 24k iaitu sekitar 19.3g/ml. mengukur kepadatan emas agak rumit kerana perlu melalui banyak prosedur. Berikut adalah prosedur untuk mengukur kepadatan emas.

a. Ukur berat emas dalam gram menggunakan penimbang digital.
b. Isikan air didalam bekas yang mempunyai bacaan ml (milliliter).
c. Catat jumlah ukuran air sebelum emas direndam.
d. Letak emas dalam bekas dan menggunakan tali. Setelah emas direndam, catat bacaan air selepas emas direndam dan bandingkan bacaan air sebelum dan selepas emas direndam.
e. Gunakan formula kepadatan : kepadatan = massa/volume. Jumlah yang hampir dengan bacaan 19 g/ml adalah emas asli.

Anda dah bersedia untuk memiliki emas 24k dijamin tulen dan patuh syariah? Emas2U kongsikan 2 cara mudah beli emas di sini. Jika ada persoalan boleh Whatsapp 0122302158 (Muhaimin) anytime!


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>

One Ping

  1. Pingback: