, ,

5 Kelebihan Perak Yang Ramai Tak Tahu

Pelaburan perak (atau silver) juga boleh memberi keuntungan besar pada jangka masa panjang. Tetapi lebih ramai pilih emas (termasuk penulis hehehe) berbanding perak. Consider simpan perak. Ini 5 kelebihan perak.

kelebihan perak

5 Kelebihan Perak (Silver)

#1 Perak Disebut dalam Al-Qur’an

Apabila emas dan perak disebut dalam Qur’an, sudah pasti ada mesej jelas dari Allah swt untuk kita fikirkan bersama.

8 ayat Al-Qur-an berkaitan perak:

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

(A-li’Imraan 3:14)

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.

(At-Taubah 9:34-35)

Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka dari perak, dan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (dari perak juga),

Dan juga pintu-pintu rumah mereka (dari perak juga), dan kerusi-kerusi panjang yang mereka berbaring di atasnya (dari perak juga),

(Az-Zukhruf 43:33-34)

Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) –

(Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.

(Al-Insaan 76:15-16)

Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.

(Al-Insaan 76:21)

#2 Perak lebih murah dan mampu milik

Dari segi nilai, perak adalah under value berbanding emas. Harga perak berpotensi naik berganda apabila harga emas naik tinggi. Beli perak sekarang merupakan investment yang berpotensi

Kelebihannya, harga perak murah dan mudah dimiliki berbanding emas. Berikut merupakan produk silver di Public Gold:

10 dirham silver
public silver bars

#3 Perak Dijadikan Aplikasi Perindustrian

Tidak seperti emas, perak mempunyai banyak tujuan untuk syarikat. Perlu diingat bahawa perak merupakan unsur konduksi tertinggi daripada mana-mana unsur, walaupun tembaga. Ia juga agak mudah dibentuk, dan akibatnya, ia digunakan dalam perkara seperti bateri, peranti perubatan dan telefon pintar.

Tahun 2010, permintaan industri meningkat kira-kira 18%, dan momentum itu dijangka berterusan untuk jangka masa panjang kerana pemacu besar ialah pertumbuhan dalam ekonomi sedang pesat membangun.

Sekerap. Secara tradisinya, sekerap telah menjadi sumber penting bekalan baharu untuk perak. Tetapi apabila logam berharga menjadi lebih berleluasa dalam peranti elektronik, jumlah sekerap telah berkurangan. Sebabnya adalah agak sukar untuk mengitar semula produk ini.

#4 Permintaan Pelabur Yang Kukuh

Kerana kemunculan dana dagangan bursa, adalah sangat mudah untuk berdagang perak. Hasilnya adalah pegangan fizikal logam perak secara besar-besaran. Sebagai contoh, pasaran ETF iShares Silver Trust (NYSE: SLV) ialah $13.6 bilion dan mempunyai kira-kira 11,252 tan perak dalam peti simpanannya!

#5 Ratio “Gold Silver”

Ketika artikel ini ditulis, ratio gold silver dalam tempoh setahun ialah 1:79.

Pelabur-pelabur yang memperdagangkan emas dan perak akan merujuk kepada ratio ini sebagai halatuju pelaburan. Apabila ratio gold-silver besar, harga perak akan dianggap murah, oleh itu pelabur akan membeli perak.

Sebaliknya jika ratio rendah, ia memberi isyarat isyarat waktu yang terbaik untuk membeli emas.

Penganalisis berpendapat, ratio emas ke perak berpotensi kembali ke zaman 1900 di mana rationya adalah sekitar 16 ke 1!

Robert Kiyosaki juga recommend untuk kita buat pembelian perak: “Beli Perak Sekarang Untuk Pelaburan 1 Dekad Akan Datang” – Robert Kiyosaki

Cabaran Pelaburan Perak Di Malaysia

Cabaran beli perak, syarikat yang jual beli perak di Malaysia sangat kurang dan susah nak cari. Penyimpan mungkin akan menghadapi situasi bila nak jual perak, hanya boleh jual balik kepada Public Gold. Selain itu, spread perak lebih tinggi berbanding emas apabila dijual semula.

Cara Mudah Beli Perak Di Public Gold

  1. Daftar percuma sebagai ahli di sini
  1. Cara order fizikal/EPP:
  1. Pilih item di sini
  2. Add to cart
  3. Proceed to next page (kena login)
  4. Pilih full payment, atau tukar EPP untuk ansuran
  5. Submit order

Semoga 5 kelebihan perak ini yang dikongsi di atas bermanfaat buat anda sekeluarga 🙂


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>

LIKE | FOLLOW Emas2U

FB Group: http://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Facebook: http://bit.ly/Emas2U
Instagram: http://bit.ly/InstagramEmas2U
Youtube: http://bit.ly/Emas2u
App Emas2U: https://app.emas2u.com