, , ,

2 Cara Mudah Kira Zakat Emas

2 Cara Mudah Kira Zakat Emas | Apabila cukup nisab dan haul, penyimpan emas diwajibkan membayar zakat emas. Tapi, bagaimana cara kira zakat emas? Apa itu nisab? Apa itu haul? Jom fahamkan.

kira zakat emas

Definisi Zakat Emas

Terdapat beberapa ayat dalam Al-Qur’an yang menyebut emas sebagai simbol kekayaan harta berharga dan mampu berkembang. Pada zaman dulu, emas diguna sebagai wang dalam urusan jual beli. Emas dibentuk menjadi dinar, iaitu kepingan berbentuk syiling dan emas juga menjadi barang kemas dan perhiasan. Oleh kerana keistimewaan yang ada pada emas dan ianya menjadi ukuran kekayaan, maka Islam mewajibkan zakat ke atas emas.

Dalil Zakat Emas

Kewajipan menunaikan zakat emas telah disebutkan secara terang dan jelas dalam kitab suci al-Quran yang bermaksud:

Maksudnya: “Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu?”Surah Al-Taubah (9): 34-35

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:

Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya?Sahih Muslim

Syarat Wajib Bayar Zakat (Nisab & Haul)

  1. Nisab – berat emas (emas simpanan) mesti sekurang-kurangnya 85 gram (20 mithqal/dinar) untuk mula dikenakan zakat.
  2. Haul – emas cukup nisab itu kena disimpan selama satu tahun penuh.

2 Cara Kira Zakat Emas

Menurut sumber Pusat Pungutan Zakat MAIWP, cara kira zakat emas perhiasan (seperti rantai, cincin dan gelang) dan emas yang disimpan (seperti jongkong emas dan dinar) adalah seperti berikut:

1. Emas Perhiasan Dipakai

Emas perhiasan diwajibkan zakat jika pemakaiannya terlalu banyak sehingga berlebihan dan melebihi kadar yang biasa (uruf) dipakai.

Yusuf al-Qaradawi menyebut perhiasan wanita yang diperbuat selain emas dan perak, seperti mutiara, berlian dan batu berharga dikecualikan daripada zakat, kerana ia dikhaskan untuk kegunaan peribadi dan tidak dianggap sebagai aset yang berkembang.

Wilayah Persekutuan telah menetapkan kadar uruf emas perhiasan sebanyak 800 gram. Justeru sebarang pemakaian yang berulang ataupun sekali dalam tempoh setahun melebihi 800 gram wajib dikeluarkan zakat ke atasnya.

Jumlah Emas Dipakai900 gram
Uruf Emas Dipakai800 gram
Harga Emas Semasa (2025)RM450
Kadar Zakat2.5%
Cara Kira Zakat Emas900 gram x RM450 x 2.5%
Jumlah Zakat (RM)RM10,125.00

2. Emas Yang Disimpan

Emas yang disimpan adalah emas yang tidak dipakai, iaitu emas yang benar-benar menjadi simpanan dan tidak digunakan sebagai perhiasan walaupun fizikalnya sama seperti emas perhiasan. Ianya termasuk barang kemas yang tidak dipakai kerana sudah rosak atau lama. Ianya juga termasuk barang perhiasan yang dimiliki oleh lelaki sungguhpun pemakaiannya haram disisi syarak. 

Jika jumlah berat emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi nisab 85 gram, serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat keatasnya sebanyak 2.5 peratus (%). Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Tiada wajib atas kamu sesuatu pun iaitu pada emas sehingga ada 20 dinar (85 gram) dan telah cukup haul wajib padanya setengah dinar. Apa yang lebih dari itu, mengikut kiraan yang sama?HR Abu Dawud

Jumlah Emas Disimpan200 gram
Uruf Emas Disimpan85 gram
Harga Emas Semasa (2025)RM450
Kadar Zakat2.5%
Cara Kira Zakat Emas200 gram x RM450 x 2.5%
Jumlah Zakat (RM)RM2,250.00

Bagi pengiraan zakat emas pelaburan, boleh rujuk di sini.

Ada juga kemudahan kalkulator zakat emas online, boleh kira di sini.

LangkahApa Perlu Buat
1.Kira berat emas (simpan atau perhiasan).
2.Tentukan: simpan atau pakai?
3.Jika simpan & ≥ 85g + dirawat setahun, zakat wajib.
4.Jika pakai & melebihi uruf, kena zakat atas lebihan.
5.Kira nilai emas semasa × berat yang dizakatkan, × 2.5%.

Sumber: Pusat Pungutan Zakat PPZ MAIWP via Emas2U


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>