,

Kad Kredit vs Kad Debit – Yang Mana Sesuai Untuk Anda?

Kad debit dan kad kredit mempunyai fungsi asas yang sama, iaitu untuk membuat pembayaran secara ‘cashless‘. Namun cara kerjanya dan implikasinya berbeza. Kedua-dua kad ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, bergantung kepada keperluan anda. Yang mana sesuai untuk anda? Jom kita kaji.

kad kredit vs kad debit

Sebelum tu, tahu tak apa itu kad kredit dan apa itu kad debit?

Apa Itu Kad Kredit?

  • Untuk memiliki kad kredit, anda perlu memenuhi syarat-syarat tertentu — contohnya gaji minimum dan lulus semakan kredit.
  • Pihak bank menetapkan had kredit maksimum yang anda boleh gunakan.
  • Setiap bulan anda akan menerima bil dan anda perlu membayar semula kepada bank. Jika anda tidak bayar penuh, baki belum dibayar akan dikenakan faedah.
  • Kad kredit juga mungkin mempunyai penalti seperti denda lewat bayar atau caj pengeluaran tunai awal.
  • Keistimewaan: kad kredit sering menawarkan pilihan “pembayaran ansuran” (spread), serta ganjaran seperti cashback atau mata ganjaran.

Apa Itu Kad Debit?

  • Kad debit biasanya dikaitkan dengan akaun simpanan di bank.
  • Apabila anda belanja atau buat pengeluaran menggunakan kad debit, wang akan ditolak terus dari akaun anda dengan serta-merta.
  • Anda hanya boleh guna sebanyak mana wang yang ada dalam akaun — tidak boleh “berhutang”.
  • Kelebihan: senang kawal perbelanjaan kerana anda tidak akan gunakan wang yang tidak ada; tiada faedah dikenakan selama anda tidak melibatkan overdraf.

Perbandingan kad kredit vs kad debit:

CiriKad DebitKad Kredit
Kos permohonan & yuranBiasanya percuma atau kos rendahKebanyakannya ada caj tahunan & penyelenggaraan
Had perbelanjaanTerhad kepada baki dalam akaun andaSehingga had kredit yang telah ditetapkan pihak bank (anda boleh mohon tambah had jika perlu)
PembayaranBayar terus dari akaun andaBank bayar dulu, anda bayar balik kemudian
Faedah / cajTiada faedah (kecuali jika overdraf)Faedah tinggi dikenakan jika baki tidak dibayar penuh
Ganjaran / manfaatTiadaAda cashback, reward, rebate, ganjaran lain
Semakan kreditTidak diperlukanAda semakan kredit semasa permohonan

Kelebihan dan Kekurangan Kad Kredit

Kelebihan:

  • Boleh beli dahulu bayar kemudian
  • Boleh dapat ganjaran, cashback, promosi lain
  • Boleh bantu bina skor kredit jika digunakan dengan bijak

Kekurangan:

  • Perlu lulus semakan kredit
  • Faedah dan caj penalti jika gagal bayar penuh
  • Ada yuran tahunan yang mungkin tinggi

Kelebihan dan Kekurangan Kad Debit

Kelebihan:

  • Mudah urus perbelanjaan — anda gunakan duit sebenar anda
  • Tidak perlu lulus semakan kredit
  • Kos penggunaan lebih rendah (sebahagian besar tiada faedah)
  • Sesuai untuk belanja harian

Kekurangan:

  • Tidak ada akses kepada kredit sekiranya anda perlukan kecemasan
  • Ganjaran seperti cashback atau promosi biasanya kurang atau tiada

Kesimpulan & Pilihan Terbaik

Kad kredit sesuai jika anda mahukan fleksibiliti — beli sekarang bayar kemudian — serta manfaat ganjaran dan promosi.

Kad debit adalah sangat sesuai untuk keperluan harian dan bagi mereka yang mahu kawal perbelanjaan tanpa risiko hutang.

Ramai orang gunakan kedua-duanya sekali: kad debit untuk rutin harian, dan kad kredit untuk pembelian besar atau masa kecemasan.

Jika anda sedang mencari kad debit yang sesuai, saya cadangkan kad debit Wise.

Kad Debit Wise

kad debit wise

Memperkenalkan Kad Debit Wise (kad debit antarabangsa) sebagai pilihan kad debit:

  1. Keseluruhan pengurusan kad melalui aplikasi jadi mudah di mana pun anda berada.
  2. Ia membolehkan simpanan & penukaran wang dalam lebih 50 mata wang menggunakan kadar pertukaran tengah (“mid-market rate”). Sesuai jika anda hendak guna di luar negara.
  3. Tiada caj tambahan – Anda boleh belanja di lebih 170 negara tanpa caj tambahan untuk mata wang yang anda sudah simpan.
  4. Caj penukaran wang asing jauh lebih rendah berbanding bank, Wise menukar dengan caj rendah (sekitar ~0.41 % ketika artikel ini ditulis)

Mohon kad debit Wise secara percuma, klik di sini.

Sumber: Wise via Emas2U


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>