, , , ,

Jangan Beli Emas Small Bars Public Gold. Ini Sebabnya

Emas2U – Public Gold terkenal dengan pelbagai produk emas simpanan serendah 0.5 gram hingga sebesar 1 kg emas. Dealer Muhaimin walaubagaimanapun, tak recommend small bars Public Gold. Ini sebabnya. Ada video.

Emas small bars Public Gold terdiri dari 4 unit produk iaitu 0.5 gram, 1 gram, 0.5 dinar dan 5 gram. Kenapa saya tak recommend? Kerana Harga Per Gram terlalu tinggi.

yang ni harga lama
Ini harga terkini

Semua harga emas fizikal Public Gold adalah berdasarkan harga emas semasa kecuali emas kategori small bars. Harga emas fizikal berubah setiap 20 minit tetapi tidak small bars. Harga small bars telah ditetapkan lebih tinggi dan tidak berubah selalu.

Apa Itu Harga Per Gram?

Harga per gram ialah harga yang kita belanjakan ke atas setiap gram emas yang kita beli. Formulanya:

Harga Per Gram = Harga Emas / Gram Emas

Setiap kali kita hendak membeli emas fizikal yang berbaloi nilainya dan dengan harapan mendapat pulangan lebih tinggi, pastikan kita kira harga per gram. Lebih rendah harga per gram lebih baik. Lebih detail tentang harga per gram di sini.

Dalam video di bawah, saya bandingkan harga per gram bagi semua gram emas Public Gold siap dengan pengiraan, tonton ya. Semoga anda lebih faham tentang emas sebelum memiliki emas.

Kemaskini: Video ini adalah berdasarkan harga lama. Anda boleh buat kiraan sendiri menggunakan harga baru.

Penyimpan emas yang bijak ialah mereka yang mengira 3 perkara ini

  1. Harga Per Gram
  2. Caj-caj terlibat seperti caj premium, caj transportasi, caj upah dan caj simpan.
  3. Nilai susut (spread value) bila jual semula emas

Ok, semoga bermanfaat!

Ada persoalan tentang emas? Tanya saya anytime!


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>

One Ping

  1. Pingback: