, ,

Hutang Saya Banyak, Sesuai Simpan Emas? Fahami 6 Point Ini

“Hutang saya tengah banyak, sesuai ke simpan emas?” antara soalan yang kerap saya terima. Jawapan saya muktamad: Tidak

hutang banyak simpan emas

Kenapa tidak sesuai? Sebab ada 3 kriteria penting untuk simpanan emas yang saya selalu kongsikan kepada customers saya. Dan salah satunya berkaitan hutang dan komitmen.

Kita beli emas ni, untuk simpanan long term dan bukan dalam keadaan kesempitan kewangan dan banyak komitmen hutang. Kalau beli emas tapi buat kita tak boleh tidur malam, baik tak payah beli.

Hutang Saya Banyak, Sesuai Simpan Emas?

Contoh akak ni, dia pernah kena scam, tidak kerja dan ada komitmen hutang PTPTN. Dia tanya, adakah sesuai dia simpan emas?

hutang ptptn

Ini jawapan dan justifikasi dari saya:

1. Keutamaan sekarang: Selesaikan hutang PTPTN dulu

Justifikasi:

  • Hutang PTPTN ada faedah (ujrah), dan jika tertunggak, boleh menjejaskan rekod CCRIS.
  • Bila hutang selesai, beban kewangan jadi kurang, baru sesuai untuk melabur.

2. Tidak digalakkan simpan emas buat masa ini

Justifikasi:

  • Emas lebih sesuai sebagai simpanan jangka panjang, tak sesuai guna untuk bayar hutang dalam masa singkat.
  • Harga emas turun naik dalam jangka pendek.
  • Fokus kepada aset yang boleh bantu langsai hutang

3. Teruskan bayar ansuran PTPTN ikut jadual

Justifikasi:

  • Elakkan penalti atau tunggakan.
  • Jika ada lebihan wang dari KWSP/dividen, guna untuk bayar lebih sikit (bayar prinsipal) untuk kurangkan tempoh hutang.

4. Elakkan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat

Justifikasi:

  • Skim macam ini berisiko tinggi dan besar kemungkinan scam.
  • Customer pernah kena scam RM12k – ini tanda perlu lebih berhati-hati.
  • Pelaburan selamat biasanya beri pulangan sederhana, tapi stabil.

5. Simpanan di ASB & Tabung Haji: Teruskan

Justifikasi:

  • ASB & Tabung Haji so far memberi dividen setiap tahun dan berisiko rendah.
  • Boleh dijadikan dana kecemasan sekiranya perlu.

6. Rancang kewangan secara berperingkat

Cadangan pelan:

  • Tahun 1-3: Fokus bayar hutang PTPTN.
  • Tahun 4 dan seterusnya: Bila hutang selesai, baru mula pelaburan jangka panjang seperti emas.

Emas2U.com


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>