Harga emas November 2025 secara purata menyaksikan penurunan besar selepas membuat rekod All Time High sebanyak 10 kali dalam Oktober. Penurunan ini dikaitkan dengan pembetulan harga. Namun harga emas mula melonjak di hujung bulan. Baca analisis penuh.

Harga emas GAP pada bulan November 2025 secara purata mencatatkan penurunan mendadak, dengan purata harga pada RM591.87 per gram, turun sebanyak RM6.55 per gram berbanding Oktober, bersamaan sekitar 1.1%!
Punca kenaikan? Baca kongsian berita di bawah.
Nota: Ketika artikel ini ditulis pada 1 Disember 2025, harga emas tertinggi dalam sejarah adalah $4,381.58 per auns dipecahkan dalam bulan November 2025 (join Telegram Emas2U untuk update harga emas harian).
Prestasi Harga Akaun Emas GAP (11/2025)
Tertinggi: RM609
Terendah: RM582
Purata: RM591.87
30-Nov: RM609⬆️🔝
29-Nov: RM605⬆️
28-Nov: RM601➖
27-Nov: RM601⬆️
26-Nov: RM596⬆️
25-Nov: RM592⬆️
24-Nov: RM590➖
23-Nov: RM590➖
22-Nov: RM590⬆️
21-Nov: RM588⬇️
20-Nov: RM591⬆️
19-Nov: RM589⬇️
18-Nov: RM590➖
17-Nov: RM590➖
16-Nov: RM590⬇️
15-Nov: RM591⬇️
14-Nov: RM607⬆️
13-Nov: RM606⬆️
12-Nov: RM595⬆️
11-Nov: RM594⬆️
10-Nov: RM585➖
09-Nov: RM585⬆️
08-Nov: RM583⬆️
07-Nov: RM582⬇️
06-Nov: RM583⬆️
05-Nov: RM582⬇️
04-Nov: RM590⬆️
03-Nov: RM588➖
02-Nov: RM588⬆️
01-Nov: RM585⬇️
Analisis Harga Emas

Analisis graf harga emas dan perak bulanan boleh lihat di sini.
Artikel berkaitan/bulan ini:
Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang November 2025:
11 Nov: Pasaran emas menyaksikan momentum baharu pada awal minggu ini, dengan harga sudah melepasi paras $4,100 per auns.
Menurut penganalisis, momentum baharu ini mungkin petanda berakhirnya pembetulan pendek sejak awal bulan ini.
15 Nov: Harga emas jatuh selepas komen ‘hawkish’ daripada Federal Reserve AS bahawa mereka mungkin akan mengurangkan peluang penurunan kadar faedah Disember. Harga emas jatuh lebih 3% pada hari yang sama.
22 Nov: Harga emas menurun susulan laporan pekerjaan AS yang lebih kukuh daripada jangkaan. Ini telah meredakan jangkaan bahawa Federal Reserve AS akan mengurangkan kadar faedah. Niaga hadapan emas bulan Disember menjunam, dengan harga emas spot turut jatuh. Pasaran kerja yang kukuh biasanya mengurangkan kemungkinan kadar faedah dipotong.
28 Nov: Pembelian emas oleh China pada tahun 2025 sahaja berkemungkinan 10 kali lebih tinggi daripada jumlah rasmi 25 tan, dengan jumlah rizab keseluruhan melebihi 5,000 tan – SocGen
Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2025 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/
Bagaimana dengan harga emas pada bulan Disember 2025?
Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.



