Harga emas pecah rekod tertinggi dalam sejarah pada 17 Julai 2024. Pakar strategi pasaran berkata kenaikan harga ke paras ini baru permulaan!
Ketika artikel ini ditulis, emas sudah mencecah $2,483 per auns, mengatasi rekod sebelum ini $2,450 per auns pada bulan April 2024.
Kenapa harga emas naik tertinggi dalam sejarah?
Emas meningkat melebihi $2,470 seauns pada hari Rabu, mencapai rekod tertinggi baharu, didorong oleh keyakinan yang meningkat bahawa Rizab Persekutuan akan menurunkan kadar seawal September.
Selain itu, risiko geopolitik juga menjadi punca ramai pelabur mengalihkan aset mereka kepada emas dan perak.
Bank-bank pusat dunia juga nampaknya semakin kerap membuat pembelian aset emas kerana mereka mahu mempelbagaikan aset selain daripada dolar AS.
Berikut merupakan statistik harga emas Public Gold:
[Alert Harga] 🔺Harga emas GAP naik, RM6/g lebih tinggi berbanding semalam
Harga hari ini:
RM 100 = 0.2481 gram
RM 403 = 1.0000 gram
Statistik Julai 2024
Tertinggi: RM403 (17/07)
Terendah: RM383 (02/07)
Statistik 2024
Tertinggi: RM403 (17/07)
Terendah: RM329 (04/01)
Tertinggi dalam sejarah: RM403 (17/07/2024)
Sumber: Kitco, Telegram Emas2U via Emas2U