Harga Emas Naik Mendadak, Ini 5 Faktor Penting | Ketika artikel ini ditulis pada 15 Februari 2025, so far dalam tahun 2025 sahaja, sudah lebih 5 kali harga emas (dalam RM) naik mendadak mencecah paras tertinggi dalam sejarah.
![harga emas naik mendadak](https://emas2u.com/wp-content/uploads/2025/02/Harga-Emas-Naik-Mendadak.jpg)
Kami senaraikan faktor-faktor kenaikan harga emas dan apa yang boleh kita, penyimpan emas lakukan sebagai persediaan.
Kenaikan harga emas baru-baru ini banyak dikaitkan dengan status emas (dan perak) sebagai aset selamat, yang membawa kepada peningkatan permintaan global disebabkan ketidaktentuan ekonomi, seperti ketegangan geopolitik, inflasi yang meningkat dan kelemahan dolar AS
Faktor-faktor di atas mendorong pelabur besar dan kecil menjadikan aset emas sebagai pelindung nilai terhadap situasi pasaran yang tidak menentu.
Faktor utama yang menyumbang kepada kenaikan harga emas baru-baru ini:
Konflik yang berterusan atau ketegangan antarabangsa yang semakin meningkat telah mendorong pelabur ke arah emas sebagai aset yang boleh dipercayai bagi mengatasi ketidakstabilan.
Pada hujung Januari 2025, pelabur dalam mode barjaga-jaga dengan polisi perdagangan dan dasar luar pentadbiran presiden A.S. yang baharu—terutamanya tarif perdagangan. [Sumber]
New York dilaporkan telah menyimpan emas bernilai sebanyak $82 bilion, belum pernah berlaku sebelum ini. Ini mencerminkan permintaan emas yang sangat kukuh. [Sumber]
Pada awal bulan Februari 2025, harga emas sudah lepasi paras $2,800 per auns di tengah-tengah kebimbangan mengenai potensi kejatuhan ekonomi daripada tarif perdagangan Presiden AS Donald Trump. [Sumber]
Harga emas kemudian sekali lagi mencecah paras tertinggi disebabkan 3 faktor ini.
Beberapa hari selepas itu, harga emas naik lagi berpunca daripada ketakutan perang ekonomi global yang dicetus oleh Amerika. [Sumber]
Pada 11 Februari 2025, harga emas melonjak dan mencatat rekod tertinggi baru dalam sejarah: $2,938.10 per auns, didorong oleh kebimbangan yang semakin meningkat terhadap polisi tarif Trump. Harga emas telah meningkat secara berterusan selama dua belas jam berturut-turut! [Sumber]
Rekod tertinggi harga emas dalam sejarah ketika artikel ini ditulis: $2,942.52 per auns.
Tahun lepas, Emas2U kongsikan prediction daripada 10 penganalisis professional di sini. Ternyata, harga prediction tersebut sudah semakin dekat. Baru bulan 2!