Harga emas Julai 2025 secara purata menyaksikan penurunan disebabkan beberapa faktor di bawah. Baca analisis penuh.

Harga emas GAP pada bulan Julai 2025 secara purata mencatatkan penurunan, dengan purata harga pada RM493.94 per gram, turun sebanyak RM2.76 per gram berbanding Jun, bersamaan sekitar 0.5%
Punca penurunan mendadak? Baca kongsian berita di bawah.
Nota: Ketika artikel ini ditulis pada 1 Ogos 2025, harga emas tertinggi dalam sejarah adalah $3,509.90 per auns dipecahkan dalam bulan April 2025 (join Telegram Emas2U untuk update harga emas harian).
Prestasi Harga Akaun Emas GAP (07/2025)
Tertinggi: RM506
Terendah: RM487
Purata: RM493.94
31-Jul: RM487⬇️
30-Jul: RM491⬆️
29-Jul: RM490⬇️
28-Jul: RM492➖
27-Jul: RM492⬆️
26-Jul: RM490⬇️
25-Jul: RM497⬇️
24-Jul: RM503⬇️
23-Jul: RM506⬆️🔝
22-Jul: RM503⬆️
21-Jul: RM497➖
20-Jul: RM497⬇️
19-Jul: RM498⬆️
18-Jul: RM485⬇️
17-Jul: RM499⬆️
16-Jul: RM493⬇️
15-Jul: RM497⬇️
14-Jul: RM498➖
13-Jul: RM498➖
12-Jul: RM498⬆️
11-Jul: RM493⬆️
10-Jul: RM491⬆️
09-Jul: RM488⬇️
08-Jul: RM492➖
07-Jul: RM492➖
06-Jul: RM492⬆️
05-Jul: RM491⬆️
04-Jul: RM490⬇️
03-Jul: RM494⬆️
02-Jul: RM490⬆️
01-Jul: RM488⬆️
Analisis Harga Emas

Artikel berkaitan/bulan ini:
- Big Beautiful Bill Oleh Trump Bakal Gawat Ekonomi Global?
- CitiGroup Kata Jual Emas. JP Morgan Kata Beli. Siapa Betul?
- Scam Pelaburan Emas: Ini 5 Cara Detect
Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang Julai 2025:
3 Jul: Headline pagi ni “$3,000 is the new normal for gold” kata pakar.
Apa maksudnya?
Harga emas susah atau tak mungkin turun bawah paras $3,000 per auns (atau lebih kurang RM440-450/g mengikut kadar USD-RM semasa).
Antara puncanya? Hutang AS yang semakin bertambah.
6 Jul: Dolar AS kini telah merosot dan kehilangan hampir 11% daripada nilainya tahun ini.
9 Jul: Harga emas ‘struggle’ nak naik. Ini 3 sebabnya:
1. Selera risiko (risk appetite) pelabur meningkat dalam suasana pasaran yang tenang musim panas, menyebabkan aliran keluar dari emas dan perak. Pelabur lebih tertarik kepada aset berisiko seperti saham, menjadikan logam berharga kurang diminati.
2. Pasaran saham kukuh & sentimen pelabur yang positif mengurangkan sokongan pada harga emas.
3. Pasaran yang tenang (quiet, summertime trading) memberi tekanan jualan pada harga emas.
12 Jul: Harga emas naik susulan pengumuman pengangguran mingguan A.S. yang jatuh kepada 227k.
17 Jul: Harga emas spike sekejap sebelum turun balik.
Punca?
Keluar laporan dan khabar angin bahawa Presiden Trump akan memecat Pengerusi Fed Jerome Powell.
Harga emas melonjak kepada sekitar $50.00 dalam sehari selepas khabar angin itu keluar, tetapi kemudiannya turun balik apabila Trump berkata walaupun dia sangat bimbang tentang Powell yang tidak mahu memotong kadar faedah AS, Trump tidak berniat memecat Powell.
So take note guys, harga emas boleh naik dan turun disebabkan khabar angin dan drama Trump.
17 Jul: Dalam diam-diam harga perak sudah mencecah paras tertinggi dalam 14 tahun iaitu pada $38 per auns, kenaikan sekitar 32% dalam tahun ini so far.
Punca?
1. Bekalan perak fizikal semakin terhad
2. Tarif yang dikenakan AS menyebabkan tekanan kepada pengeluar termasuk kilang yang menggunakan perak
3. Peningkatan permintaan global terhadap perak
19 Jul: Emas kekal stabil di atas paras $3,300 tetapi menghadapi tekanan daripada kenaikan dolar. Sebab tu jika anda perasan, harga emas tidak turun atau naik secara drastik akhir-akhir ini.
22 Jul: Emas melonjak melebihi paras $3,390 apabila Dolar AS, hasil Perbendaharaan merosot.
26 Jul: Emas dan perak kehilangan momentum menjelang keputusan Fed. Punca dikenalpasti:
1. Pelabur mengalihkan tumpuan mereka kepada pasaran ekuiti, yang kini didagangkan pada penilaian rekod.
2. Kebimbangan perang perdagangan mula reda, menyebabkan peralihan dalam permintaan tempat selamat untuk emas, di mana pelabur kini lebih tertumpu kepada laporan ROI dan potensi tawaran perdagangan.
Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2025 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/
Bagaimana dengan harga emas pada bulan Ogos 2025?
Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.