, , ,

Duit Raya Anak Simpan Di Mana? Ini 5 Tempat Sesuai

Duit Raya Anak Simpan Di Mana? | Musim raya datang lagi. Antara kegembiraan anak-anak ialah menerima duit raya. Bagi mereka yang di bawah 18 tahun, biasanya ibu bapa akan uruskan duit raya mereka. Baca 5 tempat sesuai simpanan duit raya.

duit raya anak

Duit raya anak simpan di mana?

Ibu bapa yang bertanggungjawab akan memikirkan masa depan anak-anak mereka dan memastikan duit raya yang diterima disimpan di tempat yang sesuai mengikut matlamat.

Contoh matlamat: Pendidikan jangka pendek (tadika, sekolah rendah, sekolah menengah) dan jangka panjang (kolej, universiti), tabung kecemasan anak, tabung umrah/haji dan tabung perkahwinan.

Berdasarkan matlamat yang berbeza, seterusnya ibu bapa perlu mempertimbangkan untuk mempelbagaikan tempat simpanan duit raya. Ini kerana, setiap tempat ada kelebihan dan kekuatan masing-masing pada masa yang berbeza-beza. Ada yang sesuai untuk simpanan short term, dan ada yang sesuai untuk simpanan long term

Ini 5 tempat yang dicadangkan oleh pakar kewangan Dr Azizul Azli:

1. ASB 3 DIDIK.

+ Kadar pulangan dividen 5% setahun.

+ Bayaran dividen bulan 4 setiap tahun.

+ Daftar di PNB

2. Amanah Hartanah Bumiputera AHB

+ Kadar pulangan 5% setahun dibayar 2 kali setahun.

+ Telah dipotong zakat

+ Daftar melalui M2U online sahaja boleh.

3. Tabung Haji

+ Kadar pulangan 3.15% setahun.

+ Telah dipotong zakat

+ Daftar di Tabung Haji

4. Simpanan Emas

+ Kenaikan tahunan purata emas 8%-10% setahun.

+ Perlu keluarkan zakat bila mencukupi kadar

+ Beli dengan mana mana platform emas yang baik seperti Public Gold.

Dapatkan bimbingan percuma untuk buka akaun emas anak, klik di sini.

5. Akaun SSPN-I

+ Kadar dividen 3.6% setahun

+ Dapat rebet cukai pendapatan RM8000

Penulis juga mencadangkan untuk tidak menyimpan duit anak anak dalam tabung insurans atau takaful. Katanya, sesungguhnya kita kehilangan nilai compounding untung duit itu berkembang dan tak untung langsung.

Semoga 5 cadangan di atas dapat membantu ibu bapa menguruskan simpanan duit anak dengan baik.

Ingat, duit raya anak-anak bukan ibu bapa punya ya, ibu bapa wajib memegang amanah menguruskan simpanan mereka hingga dewasa.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>

LIKE | FOLLOW Emas2U

FB Group: https://bit.ly/FBEmas (Pass Code: NAK EMAS)
Facebook: https://bit.ly/Emas2U
Instagram: https://www.instagram.com/emas2u_com
Youtube: https://www.youtube.com/emas2u
App Emas2U: https://app.emas2u.com