CitiGroup Kata Jual Emas. JP Morgan Kata Beli. | Dua bank pelaburan multinasional Amerika terkemuka dunia, CitiGroup dan JP Morgan baru-baru ini memberi perspektif berbeza tentang pelaburan emas. CitiGroup mencadangkan agar menjual emas pada masa ini, sementara JP Morgan pula menasihati pelabur agar membeli emas. Siapa yang betul sebenarnya? Ini penjelasan pakar.

Dalam artikel yang dikeluarkan oleh Gold Silver, merumuskan 7 point penting bagi menjawab persoalan di atas dan kemudian membuat keputusan bahawa 1 bank betul dan 1 bank silap.
CitiGroup Kata Jual Emas. JP Morgan Kata Beli. Siapa Betul?
1. Nisbah M2 kepada emas tunjukkan potensi kenaikan, bukan kejatuhan
- M2 ialah ukuran jumlah wang dalam sistem (tunai + simpanan).
- Nisbah M2 kepada harga emas sekarang berada di paras penting – jika tembus paras ini, emas berpotensi naik tinggi seperti dalam sejarah.
2. Pola ini pernah berlaku semasa krisis kewangan dahulu
- Data sejarah sejak tahun 1800-an tunjukkan setiap kali nisbah M2-to-gold tembus “trendline” penting, harga emas melonjak (contoh: tahun 1970–1980).
3. Pola carta teknikal juga menyokong kenaikan
- Terdapat pola “head-and-shoulders” yang telah dipecahkan, biasanya ini adalah petanda teknikal bahawa harga emas akan naik lebih tinggi.
4. Bank pusat dunia sedang beli emas dengan agresif
- Bank pusat seperti China, India dan Russia sedang membeli emas dengan kadar luar biasa – tanda mereka tidak yakin dengan nilai mata wang fiat (wang kertas).
5. Risiko mata wang fiat & hutang tinggi jadikan emas pilihan utama
- Ketidaktentuan pasaran global, nilai dolar AS yang semakin lemah, dan hutang negara-negara besar mendorong permintaan terhadap emas.
6. Pandangan Citigroup vs JP Morgan: Siapa lebih logik?
- Citigroup meramalkan harga emas akan jatuh hingga USD 2,500.
- JP Morgan pula menjangkakan harga akan naik sehingga USD 4,000.
- Berdasarkan analisis data M2-to-gold, carta teknikal dan tindakan bank pusat – ramalan JP Morgan lebih kukuh dan realistik.
7. Kesimpulan
- Berdasarkan data sejarah, analisis carta, dan faktor fundamental, harga emas belum memuncak.
- Sekarang mungkin fasa awal kenaikan harga emas.
- Jadi, JP Morgan lebih tepat dalam jangkaan ini berbanding Citigroup.
Sumber: Gold Silver via Emas2U