Emas2U.com – Kenali Public Gold, CEO Public Gold dan Pengurusan Tertinggi Public Gold.
PENGENALAN PUBLIC GOLD
Public Gold merupakan syarikat jual beli emas sejak 2008, syarikat emas pertama di dunia yang patuh syariah, dipantau oleh panel syariah Amanie Advisors Sdn Bhd dan dilindungi insurans Lonpac. Berkolaborasi dengan Pos Malaysia dan Pos Ar-Rahnu dan mempunyai 18 cawangan seluruh Malaysia. Top 4 syarikat jual beli emas di Malaysia yg berkredibiliti tinggi.
FOUNDER PUBLIC GOLD & CEO PUBLIC GOLD
Dato’ Wira Louis Ng merupakan founder & executive chairman Public Gold. Beliau yang juga merupakan Managing Director bagi PG Mall Sdn Bhd, Presiden Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Berhad (KDE), mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang Stock Broking.
Selain itu Dato’ Wira Louis Ng juga mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam urusniaga emas dan perak dan perniagaan e-business.
PENGURUSAN TERTINGGI PUBLIC GOLD
Pengurusan Tertinggi Public Gold terdiri daripada 5 pegawai iaitu Dato’ Wira Louis Ng, isterinya Datin Wira Yvonne Lim, Mirzan Mahathir, Charles Lim dan Dato’ Hj Abdul Wahab bin Hamid.
Datin Wira Yvonne Lim merupakan managing director bagi syarikat Aurora Italia International Bhd. Datin juga merupakan salah seorang pengarah Public Gold Direction, Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Berhad (KDE), mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam urusniaga emas dan perak dan pengalaman mengajar pelbagai bidang.
Mirzan Mahathir pula merupakan pengerusi PG Mall Sdn Bhd, Pengerusi Aurora Italia International Bhd, Pengerusi & CEO Crescent Capital Sdn Bhd. Mirzan Mahathir mempunyai pengalaman 25 tahun dalam bidang pelaburan dan industri perkhidmatan kewangan dan merupakan ahli Business Advisory Council of United Nations ESCAP.
Charles Lim ialah Pengarah MIS Public Gold dan PG Mall Sdn Bhd, salah seorang pengarah PG Foundation, Naib Pengerusi Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Berhad (KDE). Charles Lim mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang insdustri IT.
Dato’ Hj Abdul Wahab bin Hamid merupakan salah seorang pengarah PG Foundation, Naib Pengerusi Malaysia Gold Association (MGA) dan Honorary Secretary Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Berhad (KDE).