Emas2U – Jika pemilik akaun emas GAP Public Gold meninggal dunia, bagaimana waris hendak tuntut di Public Gold? Ini caranya.
TUNTUTAN EMAS DI PUBLIC GOLD [ JIKA BERLAKU KEMATIAN ]
Jika ada berlaku kematian pada penyimpan emas GAP, dokumen yang diperlukan oleh waris untuk menuntut emas di branch Public Gold adalah:
✅ Sijil Kematian
✅ Sijil Perkahwinan [ Suami/Isteri ], [ jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak ]
✅ Salinan IC pewaris
✅ Surat mahkamah – pindah milik / tadbir harta simati kepada pewaris [ isteri/anak-anak ]
Setelah semua dokumen ada, serahkan semua dokumen lengkap kepada Public Gold di branch yang berdekatan untuk proses pindah milik.
Jika Ada Buat Easy Payment Purchased [ EPP ], waris boleh juga buat tuntutan. Ada 2 kemungkinan ;
[a] Jual kembali kepada Public Gold pada harga semasa tolak 5% penalti atau
[b] Waris boleh buat pembayaran baki nilai emas dan menuntut emas tersebut.
Harap Maklum.
*Tertakluk kepada perubahan terma & syarat dari Public Gold International Berhad.
Selain itu, pernah dikongsi oleh pengurusan Public Gold;
Cara Menuntut Emas GAP Milik Si Mati
Apabila pemilik akaun GAP meninggal dunia, warisnya boleh melakukan tuntutan di cawangan Public Gold. Bagaimana caranya? Hanya perlu bawa (1) Sijil Kematian dan; (2) Surat Mahkamah
Penjelasan Surat Mahkamah oleh staf Public Gold
Normally kalau waris nak tuntutan harta si mati, memang wajib melalui proses mahkamah..maksudnya semua waris kena sign borang yg bersetuju appoint sorang utk uruskan dan nanti harta tu akan declared dalam surat kebenaran tu..then nanti kena ikut kiraan faraid.
Sebelum waris pegi mahkamah, dia kena check btl2 dulu dengan kita ada berapa yg si mati tinggalkan aset dia /simpanan dia dengan Public Gold
Sebab nanti semua tu akan ditulis dalam surat mahkamah
Ini based on apa yg kami pernah process lah