,

Biodata Shamsuddin Abdul Kadir

Pakar kewangan yang tidak asing lagi, Shamsuddin Abdul Kadir juga menggalakkan kita supaya simpan emas. Kenali beliau, bukan calang-calang orangnya

Emas2U – Pakar kewangan yang tidak asing lagi, Shamsuddin Abdul Kadir juga menggalakkan kita supaya simpan emas. Kenali beliau, bukan calang-calang orangnya

Shamsuddin Abdul Kadir, jurulatih atau penceramah kewangan peribadi dan motivasi kerjaya. Biarpun beliau graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), beliau berpengalaman hebat dalam bidang kewangan, pentadbiran, pemasaran, operasi dan hartanah. Dengan segala kepakaran itu, beliau kongsikan ilmu itu kepada sesiapa sahaja melalui kursus, bengkel dan ceramah seperti:

• Kursus menyelesaikan hutang peribadi
• Pelaburan hartanah
• Motivasi kerjaya
• Pengurusan stres
• Motivasi dimensi
• Panduan menguruskan hidup (berdasarkan gaji bagi orang perseorangan, kakitangan kerajaan dan swasta)

Maka, lahir satu teori unik yang mudah diikuti oleh semua rakyat Malaysia, sesuai bagi semua golongan. Teori ini dinamakan Teori Smart Kaya, iaitu sebuah prinsip pelonjak kekayaan yang khusus bermodalkan dengan apa sahaja yang ada di tangan.

Ekoran daripada itu, beliau diundang khas bagi menyampaikan tazkirah kewangan Islam di masjid dan surau serta aktif menulis di dalam majalah berkala tempatan termasuk Dewan Ekonomi. Beliau juga selalu dijemput ke ruang konti Radio IKIM dan Radio 24 dalam segmen Bicara Buku dan Bicara Bijak. Rancangan televisyen pula ialah Motivasi Pagi, MHI (TV3), ‘Gen X’ remaja (RTM) dan banyak lagi.

Kini, beliau aktif menyampaikan kursus dan ceramah di pejabat-pejabat kerajaan, swasta dan NGO (non-profit organisation). Beliau turut menjayakan kursus motivasi bagi pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Antara organisasi yang tidak melepaskan peluang ini adalah:
• Lembaga Hasil dalam Negeri
• Majlis Sukan Negara
• Akademi Percukaian Malaysia
• Majlis Perbandaran Port Dickson
• Universiti Teknologi Malaysia Melaka
• Institut Kajian Perhutanan Malaysia (FRIM)
• Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam
• Sekolah Rendah Agama Padang Jawa, Klang, dan banyak lagi.

Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang ini ditulis bagi menyelesaikan kekusutan yang dialami oleh orang yang berhutang. Ia juga bertujuan memberi jawapan yang bersesuaian sekiranya kita tidak mempedulikannya. Hutang ibarat api, kecil-kecil menjadi kawan, besar jadi lawan.

Buku-buku beliau yang sedang dalam pembikinan adalah:
• Menjana mesin duit yang bekerja 24 jam walaupun kita sedang tidur.
• Dilema seorang pekerja.
• Tidak perlu duit bagi membuat duit

dan banyak lagi yang akan menemui kita semua.

sumber: PTS