Dividen Public Gold | Dividen ASB diumumkan sebanyak 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun dengan jumlah pengagihan pendapatan mencecah RM10.1 bilion. Timbul persoalan, berapa dividen Public Gold tahun ini?
Antara soalan yang kerap diterima sepanjang career sebagai dealer emas ialah:
“Berapa dividen Public Gold?”
Jawapan:
Simpanan emas sebenar tiada dividen seperti pelaburan ASB atau Tabung Haji. Jika ada pelaburan yang menawarkan dividen atau pulangan, itu bukan simpanan emas tetapi pelaburan wang.
Pelaburan emas tiada dividen seperti pelaburan wang, ianya 100% bersandarkan kepada harga emas dunia.
Pulangan/keuntungan simpanan emas kita akan dapat bila jual semula pada harga tinggi dan selepas tolak spread. Apa itu spread? Baca sini
Formula mengira pulangan simpanan emas:
Pulangan = Harga emas semasa jual – spread – harga beli
Sebagai contoh kita beli emas Public Gold 10 gram pada 1/1/2024 pada harga RM3,300.
Ketika artikel ini ditulis, harga 10 gram ialah RM4,157. Jadi jika kita jual emas 10 gram tersebut hari ini, kita akan dapat:
Pulangan = RM4,157 – (spread 9%) – RM3,300
= RM3783-RM3,300
= RM483
RM483 ialah keuntungan bersih yang kita dapat. Pulangan ini berbeza mengikut tarikh kita jual kerana harga emas sentiasa berubah mengikut harga emas dunia.
Jika anda hendak jual emas di Public Gold, anda tidak perlu kira spread secara manual, boleh rujuk column PG Buy. Nilai PG Buy adalah nilai bersih selepas tolak spread:
Pada tahun 2018, saya membeli 1 dinar pada harga RM775, oleh itu, pulangan yang saya dapat jika jual hari ini (merujuk kepada jadual di atas) ialah
Pulangan = RM1,608 – RM775
= RM833
“Wah, banyaknya untung simpanan emas ya”
Ya jika anda simpan secara long term, insyaAllah banyak pulangannya.
Nasihat saya untuk simpan emas:
- Gunakan duit saving yang kita takkan spend dalam masa terdekat. Yang terbaik adalah 10-30% dari saving. More info di sini.
- Beli emas jangan sehingga ada beban kewangan. Utamakan komitmen yang lebih penting terlebih dahulu
- Perlu ada mindset simpan emas secara long term, short term tak sesuai (kecuali jika berlaku fenomena kenaikan mendadak seperti tahun 2020, awal tahun 2022 atau tahun 2024)
Sebab itu, anda sangat digalakkan untuk mempelbagaikan simpanan dan pelaburan, kerana setiap pelaburan ada kekuatan sendiri pada masa yang berbeza.
Jadi, jika anda ditanya “Berapa Dividen Public Gold Tahun Ini?”, kongsikan artikel ini.