, ,

Harga Emas Februari 2025 Pecah Rekod Lagi

Harga emas bulan Februari 2025 menyaksikan sekali lagi, beberapa siri kenaikan mendadak pada hujung bulan, memecah rekod tertinggi dalam sejarah. Walaubagaimanapun, harga menjunam di hujung bulan. Baca analisis penuh.

harga emas februari 2025

Harga emas GAP pada bulan Februari 2025 terus mengganas, dengan purata harga pada RM447.82 per gram dengan kenaikan sebanyak RM26.34 per gram berbanding Disember bersamaan sekitar 6.25%!

Di hujung bulan pula, harga kembali menjunam bawah paras $2,900 per auns. Punca kenaikan dan penurunan mendadak? Baca kongsian berita di bawah.

Nota: Harga emas tertinggi dalam sejarah adalah $2,956.22 per auns pada Februari 2025 (join Telegram Emas2U untuk update harga emas harian).

Prestasi Harga Akaun Emas GAP (02/2025)

Tertinggi: RM455
Terendah: RM436
Purata: RM447.82

28-Feb: RM446⬇️
27-Feb: RM450⬆️
26-Feb: RM449⬇️
25-Feb: RM452⬇️
24-Feb: RM453➖
23-Feb: RM453⬆️
22-Feb: RM452⬇️
21-Feb: RM454⬇️
20-Feb: RM455➖
19-Feb: RM455⬆️
18-Feb: RM448⬆️
17-Feb: RM446➖
16-Feb: RM446⬇️
15-Feb: RM450⬇️
14-Feb: RM455⬆️
13-Feb: RM452⬇️
12-Feb: RM453⬇️
11-Feb: RM454⬆️
10-Feb: RM449⬆️
09-Feb: RM444⬇️
08-Feb: RM447⬆️
07-Feb: RM441⬇️
06-Feb: RM444⬆️
05-Feb: RM440⬇️
04-Feb: RM441⬆️
03-Feb: RM436➖
02-Feb: RM436⬇️
01-Feb: RM438⬆️

Analisis Harga Emas

harga emas feb 2025

Artikel berkaitan/bulan ini:

  1. Save Quick Game 2024 – Pemenang Hadiah Utama
  2. Harga Emas Naik Mendadak, Ini Point Penting Pelabur Wajib Tahu
  3. Menara Public Gold (HQ)

Momen-momen penting yang memberi kesan kepada harga emas sepanjang Februari 2025:

3 Feb: Alert!🔺Harga emas sudah lepasi paras $2,800 di tengah-tengah kebimbangan mengenai potensi kejatuhan ekonomi daripada tarif perdagangan Presiden AS Donald Trump.

5 Feb: Harga emas sekali lagi mencecah paras tertinggi sepanjang masa pada awal dagangan A.S. hari Rabu, kerana:

1. Permintaan tinggi emas sebagai aset selamat,
2. Pelabur dalam keadaan gelisah di tengah-tengah tindakan dasar Presiden A.S. Trump yang tidak dapat diramalkan dan berpotensi mengganggu ekonomi global, dan
3. Ketegangan perdagangan China-A.S. semakin meningkat apabila kedua-dua negara telah menaikkan tarif mereka dalam minggu ini.

10 Feb: Harga emas tengah menggila! Sekali lagi cecah paras tertinggi dalam sejarah

Punca utama: Ketakutan perang ekonomi global yang dicetus oleh 🇺🇲

11 Feb: Harga emas melonjak dan mencatat rekod tertinggi baru dalam sejarah: $2,938.10 per auns, didorong oleh kebimbangan yang semakin meningkat terhadap polisi tarif Trump. Harga emas telah meningkat secara berterusan selama dua belas jam berturut-turut!

19 Feb: Tak turun lama, harga emas terus meningkat ke arah paras $3,000 seaun, kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kekurangan bekalan dan pembelian oleh bank pusat mendorong ketidaktentuan dalam pasaran global.

27 Feb: Harga emas turun 1.7% daripada paras tertinggi baru-baru ini — kepada sekitar $2,900 setiap auns. Walaupun turun, emas masih di paras lebih 10% dalam tahun ini.

Institusi kewangan seperti Goldman Sachs, JPMorgan, dan Bank of America pada tahun lepas semuanya meramalkan harga emas mencapai $3,000/oz dalam tahun 2025.

Penurunan 1.7% ini merupakan peluang strategik untuk mendapatkan emas fizikal sebelum harga berpotensi mewujudkan garis asas baharu melebihi $3,000.

Lihat sejarah analisa dan graf harga emas sepanjang tahun 2024 di https://emas2u.com/harga-emas-malaysia/

Bagaimana dengan harga emas pada bulan Mac 2025?

Dengan pelbagai ketidaktentuan yang memberi kesan kepada harga emas, jadi yang pertama terima berita emas di emas2u.com. Stay tuned di Telegram Emas2U (klik sini) untuk berita dan harga terkini emas.


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>