, , ,

3 Tips Kewangan Untuk Menunaikan Ibadah Haji

Persediaan kewangan merupakan aspek yang sangat penting sebagai persiapan menunaikan ibadah haji kerana setiap jemaah memerlukan wang yang secukupnya sebelum, semasa dan selepas menunaikan ibadah haji. Ini 3 tips kewangan untuk menunaikan ibadah haji.

tips kewangan ibadah haji

Persediaan kewangan yang diperlukan bukan sahaja meliputi jumlah yang cukup dalam akaun Tabung Haji untuk menampung perbelanjaan, penerbangan, makanan, dan penginapan di sana, tetapi juga keperluan seperti peralatan dan pakaian sepanjang di sana, barangan penjagaan diri, kursus-kursus dan buku-buku terlibat.

Ketika berada di Tanah Suci pula, anda perlu menyediakan wang secukupnya untuk aktiviti ibadah seperti upah tahalul, teksi untuk ke Masjid (jangan terkejut, ada hotel yang jaraknya melebihi 1km daripada masjid dan jemaah mungkin memerlukan pengangkutan awam untuk masjid setiap hari), membayar dam atau mengupah orang untuk menolak jika tidak mampu berjalan ketika Tawaf dan Saie.

Pengalaman penulis semasa di sana, makanan yang disediakan oleh pihak Tabung Haji hanya 2 kali sehari iaitu makan tengah hari dan makan malam. Sarapan dan waktu makan lain perlu dibelanja sendiri oleh jemaah.

Selain itu, aktiviti ziarah di sekitar Mekah dan Madinah juga ada yang perlu dibayar sendiri oleh jemaah.

Jika terdapat lebihan wang anda boleh gunakan untuk membeli belah atau bersedekah kepada fakir miskin.

Selain yang di atas, kos untuk menjaga anak-anak dan famili yang tinggal di Malaysia selama lebih 40 hari juga perlu dipertimbangkan. Kos makan, penjagaan, dan rawatan mereka.

Kos haji tahun 2024:

kos haji 2024

Jadi, selain kos sebanyak RM12,356 (ini kadar B40 ya) yang perlu disediakan, anda perlukan duit tambahan untuk menampung kesemua perbelanjaan yang saya sebutkan di atas.

Ini 3 tips kewangan persediaan ibadah haji yang anda boleh lakukan sebagai persediaan daripada sekarang.

1. Simpanan dalam akaun Tabung Haji, dilakukan setiap bulan.

tabung haji

Wajibkan diri untuk alihkan 10% daripada saving ke dalam Tabung Haji secara konsisten setiap bulan. Disiplin masukkan setiap bulan dan elakkan dari dikeluarkan. Anda akan tersenyum melihat jumlah simpanan setiap akhir tahun.

Dan sebagai alternatif, anda boleh juga pelbagaikan simpanan dalam beberapa akaun bank. Tabung Haji, ASB, bank harimau, bank sotong, dan sebagainya.

Nota: Jika ada keperluan terdesak untuk menggunakan wang, pastikan ada minimum RM1,300 dalam akaun Tabung Haji. Ini penting kerana ramai yang tak tahu, jika baki kurang RM1,300, nombor giliran menunggu haji akan dibatalkan.

2. Alihkan sebahagian duit menjadi emas

Penulis amat menggalakkan anda untuk mula menyimpan emas dari sekarang bagi mengelak kebocoran wang dan mengurangkan risiko nilai duit kertas dimakan inflasi. Mula simpanan emas serendah RM100, klik di sini.

simpanan emas gold bar dinar

Pakar kewangan antaranbangsa menasihatkan agar 10-30% duit simpanan dialihkan menjadi emas.

Maksudnya, jika saving anda ada RM10,000, hanya RM1,000 hingga RM3,000 ditukarkan kepada emas. Bukan semua!

Berapa banyak simpanan emas selesa untuk perbelanjaan haji? Cadangan saya 15 dinar, tonton video ni:

3. Tabiat menyimpan daripada awal

“Sikit-sikit lama-lama jadi bukit” mungkin dah biasa sangat kita dengar. Namun adakah kita amalkan? Tabiat positif ini sebenarnya amat membantu anda dalam persediaan untuk ibadah haji.

Perlu diingat, selain persediaan kewangan untuk ibadah haji, kita juga ada komitmen lain seperti perbelanjaan harian, segala macam hutang kereta, rumah dan peribadi (jika ada), then kita juga memerlukan simpanan kecemasan, simpanan perkahwinan (untuk yang bujang) dan simpanan pendidikan anak-anak.

Jadi tabiat menyimpan sedari awal adalah amat penting sebenarnya. Kita juga perlu bijak membezakan perbelanjaan keperluan versus kemahuan. Ramai yang fail kerana mengikut kemahuan.

Akhir kata dari saya, semoga persediaan kewangan ibadah haji anda dipermudahkan dan semoga kita semua dijemput menjadi tetamu Allah dan dapat menunaikan haji satu hari nanti, aamiiin.

Sumber: Emas2U


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>