, ,

Permintaan Emas Melonjak Ketika Perang. Ini 5 Sebabnya

Permintaan emas melonjak ketika berlaku peperangan. Kenapa? Ramai orang memilih untuk menyimpan aset selamat seperti emas dan perak ketika berlaku peperangan kerana emas adalah aset yang dianggap bernilai dan mempunyai beberapa kelebihan dalam situasi konflik, ketegangan geopolitik atau ketidakstabilan ekonomi.

permintaan emas melonjak

Berikut adalah lima sebab kenapa permintaan emas (dan perak) melonjak semasa berlaku peperangan:

1. Emas Sebagai Pelindung Nilai

Emas telah digunakan sebagai pelindung nilai sejak ribuan tahun dulu. Dalam situasi peperangan, mata wang boleh mengalami inflasi atau kehilangan nilai dengan cepat.

Aset emas cenderung mengekalkan nilai relatif terhadap mata wang, seterusnya menjadikannya pilihan yang lebih stabil untuk menyimpan kekayaan.

2. Emas Sebagai Pelaburan Pilihan

Emas adalah pelaburan yang cukup dikenali di seluruh dunia kerana potensi pertumbuhan nilai jangka panjangnya. Semasa berlaku peperangan atau ketidakstabilan ekonomi, ramai mula menyimpan emas sebagai cara untuk melindungi dan menambah nilai kekayaan mereka.

3. Emas Sebagai Mata Wang Alternatif

Dalam situasi di mana mata wang tempatan mungkin tidak stabil atau kehilangan nilai, emas dapat berperanan sebagai mata wang alternatif. Emas boleh digunakan untuk membeli barang dan perkhidmatan, dan ini memberikan ketenangan kepada pemiliknya dalam situasi ekonomi yang sukar.

4. Emas Sebagai Aset Likuiditi

Emas adalah aset yang mudah dicairkan, maksudnya emas boleh diperdagangkan dan dijual dengan mudah pada pasaran antarabangsa.

Ini menjadikannya aset yang mudah untuk ditukar kepada mata wang atau aset lain dalam keadaan kecemasan.

5. Sejarah Keselamatan

Emas selalu dianggap sebagai simpanan kekayaan yang selamat. Emas mampu bertahan terhadap banyak faktor yang boleh mempengaruhi nilai aset lain, seperti inflasi, krisis politik, atau kejatuhan ekonomi.

Emas yang mempunyai sejarah panjang sebagai pelindung harta yang diiktiraf di seluruh dunia, emas telah membantu ramai individu dan negara-negara terselamat daripada kemerosotan ekonomi semasa peperangan dan ketidakstabilan politik.

Mula simpanan emas serendah RM100, klik sini >>


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>