Ketika artikel ini ditulis, harga emas sedang berada di paras melebihi $2,000 per auns. Tinggi. Ditambah dengan 8 isu di bawah pula, mungkin akan melonjakkan lagi harga emas tahun 2023 atau tahun depan.
Dah banyak bukti dunia sedang alami perubahan dalam sistem kewangan. Banyak negara, sepecially negara-negara BRICS, mahu tinggalkan dolar AS.
Isu-isu di bawah ini banyak melibatkan matawang dolar AS yang dilihat semakin goyah hari ini dengan ancaman banyak negara yang mahu menghentikan dominasi dolar AS dalam sistem kewangan dunia.
Dolar AS merupakan salah satu faktor utama turun naik harga emas. Dolar AS biasanya (tidak termasuk faktor-faktor lain seperti krisis global, ketegangan geopolitikal etc) berkadar songsang dengan harga emas.
Dolar AS🔺=> Harga emas 🔻
Dolar AS🔻=> Harga emas 🔺
Isu-isu di bawah mungkin bakal menyebabkan nilai matawang dolar AS turun dan ini akan menyebabkan harga emas naik.
Kenapa? Antara sebabnya, bila dolar AS turun, ramai pelabur akan mencari aset yang lebih selamat, termasuk emas dan perak.
Join Telegram Emas2U untuk berita emas 🔥 terkini.
Let’s go!
Russia, China, Iran dan Arab Saudi berpakat mahu mengurangkan penguasaan dolar AS dalam sistem kewangan antarabangsa.
Bank pusat di Russia dan China semakin kurang menyimpan dolar AS dalam rizab mereka dan lebih banyak berdagang menggunakan matawang Yuan.
Robert Kiyosaki, pengarang buku kewangan terlaris “Rich Dad Poor Dad,” telah mengunjurkan kemungkinan berakhirnya penguasaan global dolar Amerika Syarikat sebagai mata wang rizab dunia.
China melanjutkan aktiviti membeli emas lima bulan berturut-turut, dengan tambahan 18 tan emas pada bulan Mac 2023.
Sejak November tahun lepas negara itu telah membeli sebanyak 120 tan emas.
Jumlah rizab emas China kini berjumlah 2,068 tan.
Arab Saudi berhasrat untuk menggunakan strategi ekonomi yang bebas daripada AS kerana hubungannya dengan pentadbiran Joe Biden semakin merosot.
Negara itu dan kumpulan OPEC+ telah mengumumkan pengurangan pengeluaran minyak sekitar 1.6 juta tong sehari untuk mencapai kestabilan pasaran.
India akan memulakan perdagangan menggunakan matawang Rupees dan tidak lagi Dolar AS.
Keputusan itu dibuat sebagai cara untuk membantu negara yang bergelut dengan kekurangan dolar atau mempunyai isu mata wang.
Dasar baru perdagangan luar negera itu menyasarkan peningkatan eksport India kepada $2 trilion menjelang 2030, serta mengukuhkan sistem pembayaran rupee.
Negara-negara BRICS sedang maju ke depan dengan pantas untuk menghapuskan sistem kewangan yang didominasi oleh dolar AS.
Langkah pertama ialah memintas dolar A.S. dan langkah kedua ialah mencipta mata wang baharu untuk menyelesaikan perdagangan antarabangsa.
Langkah pertama sudah mula dilaksanakan, sementara langkah kedua akan dilaksanakan selepas sidang kemuncak BRICS pada Ogos 2023.
Arab Saudi dan Iran bersetuju untuk mewujudkan semula hubungan diplomatik dalam sebuah perjanjian yang diperantara oleh China, menamatkan 7 tahun kerenggangan kedua-dua negara tersebut.
Arab Saudi dan Iran akan membuka semula kedutaan, berkerjasama dalam isu keselamatan dan ekonomi, dan memudahkan proses visa.
Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula Da Silva, telah menyeru negara membangun untuk menggantikan dolar AS dengan mata wang mereka sendiri dalam perdagangan antarabangsa.
Semasa lawatan negara ke China, Lula menyeru negara, termasuk kumpulan negara BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) untuk menghasilkan mata wang alternatif untuk digunakan dalam perdagangan.
Semoga bermanfaat dan dapat membantu anda buat persediaan awal!
“Sentiasa bersedia, jangan leka”