Emas2U | Antara kerisauan penyimpan emas yang kerap diajukan kepada saya ialah takut simpan di rumah. Sebenarnya ada beberapa cara alternatif selamat simpan emas. Takut emas hilang? Ini 5 cara selamat simpan emas.
1. Simpan di Tempat Yang Hanya Tuan Rumah Tahu
Jika anda menyimpan emas di rumah, pastikan anda sorok emas itu di tempat yang orang takkan terfikir ada barang bernilai di situ. Elakkan tempat yang menjadi sasaran pencuri seperti dalam laci, dalam almari dan bawah tilam.
Selain itu, jangan simpan emas selonggok di satu tempat. Simpan di beberapa tempat. At least, bila berlaku kejadian tak diingini, anda dapat meminimumkan kehilangan emas.
Cadangan tempat?
- Atas plaster siling
- Dalam peti sejuk
- Belakang jam dinding
- Dalam pasu bunga, dan
- Dalam lampu
Tapi awas, jangan sampai anda lupa simpan di mana pula!
2. Simpan Dalam Peti Keselamatan Safe Box
Safe box merupakan peti keselamatan yang boleh digunakan untuk menyimpan barang berharga seperti passport, barang perhiasan, jam tangan dan emas simpanan. Biasanya safe box mempunyai ciri keselamatan seperti pass code dan material dan teguh, kalis api dan boleh dilekat pada dinding.
Safe box ada pelbagai saiz, berikut contoh safe box yang boleh dibeli online dan dihantar ke rumah anda:
Safety Box Bersaiz Sederhana
Boleh beli di sini: Peti Keselamatan Rumah – Yale YSS/250/DB2 Standard Digital Medium Safe Box (Size Sederhana)
Safety Box Bersaiz Besar
Boleh beli di sini: Peti Keselamatan Rumah – Yale YFM/420/FG2 Large Safe Box (Size Besar)
3. Simpan di Peti Keselamatan di Bank atau Syarikat Swasta
Kalau takut simpan di rumah, anda boleh consider simpan di peti keselamatan di bank atau syarikat swasta. Cuma cara ini kurang sesuai jika jumlah gram emas yang hendak disimpan kecil kerana servis ini ada caj simpanan bulanan atau tahunan.
Contohnya di bawah Public Gold, ada servis simpanan emas fizikal di Public Safe (Penang)
Anda juga boleh buat simpanan di peti simpanan bank
Cara ini lebih selamat dan boleh membuatkan tidur malam anda lebih nyenyak!
4. Simpan Emas di Pejabat
Ini nampak macam tak masuk akal. Ramai tak perasan, bilik di pejabat boleh dijadikan tempat percuma dan selamat untuk simpan emas anda.
Tapi pastikan pejabat yang mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti ada kamera CCTV, ada pak guard dan bilik yang boleh diakses dengan kunci atau kad. Jika tiada ciri-ciri ini, tak sesuai simpan di pejabat.
5. Simpan Dalam Akaun Emas
Ini paling selamat dan jimat poket. Simpan emas anda dalam bentuk akaun emas.
Public Gold ada menawarkan simpanan emas secara percuma iaitu dalam akaun Gold Accumulation Program (GAP). Dengan GAP, anda boleh simpan secara percuma, jual beli emas secara online dan boleh tebus emas fizikal mengikut saiz yang anda mahu. Ianya fleksibel.
Maklumat lanjut tentang akaun GAP boleh rujuk di sini.
Pendaftaran juga boleh dilakukan secara percuma, tiada caj simpan dan tiada yuran pendaftaran! Hanya isi form di sini dan anda boleh mula simpan emas serendah RM100.
Perlukan bantuan? Boleh Whatsapp Cik Ida untuk bimbingan.
Semoga bermanfaat.