Ini pengalaman saya sendiri sebagai dealer emas. Ya memang banyak kes penyimpan emas komplen kepada saya tak dapat pulangan dari simpanan emas.
Saya senyum setiap kali ada komplen macam ni. Ada juga rasa kasihan, sebab biasanya yang komplen ni, mereka kurang faham tentang simpanan emas.
Memang ada situasi rugi jual emas. Saya pernah kongsikan di Rugi Jual Emas Public Gold. Ini Sebabnya dan 3 Situasi Anda Akan Rugi Jika Jual Emas. Ada Video.
Sebab tu, saya sendiri tidak recommend anda join Public Gold jika tidak faham 3 perkara ini.
Baru-baru ni ada lagi customer begini.
Mula-mula dia tidak setuju bila saya cakap;
Sebenarnya waktu paling sesuai beli emas ialah bila kita ada duit saving yang takkan digunakan dalam masa terdekat. Kalau nak tunggu harga rendah, tak siapa tahu esok harga akan rendah atau tinggi.
Ok lah, takpa lagi, then dia tambah yang dia dah tersilap beli pada harga tinggi dan sampai sekarang tak boleh jual semula (sebab rugi)
Dari ayatnya, saya dah tahu, yang dia kurang faham tentang simpanan emas.
So ini jawapannya yang buat dia terdiam:
Nasihat saya, jangan jual selagi tak terdesak perlukan wang.
Ianya bergantung kepada objektif kita sebenarnya.
Kalau objektif kita nak jana keuntungan short term, pilih pelaburan wang seperti Unit Trust/ASB/TH
Kalau objektif kita nak jana keuntungan long term, lindungi wang kita ke medium yang lebih kuat, kalis ekonomi dan backup bila matawang jatuh dan tak bernilai, pilih pelaburan emas
Cadangan saya, pelbagaikan pelaburan. Wang, emas dan hartanah. Sebab masing-masing ada kelebihannya, pada waktu yang berbeza. Wang juga penting kerana kita berbelanja dengan wang. Emas, sebagai backup dan kunci kekayaan kita, berguna bila nilai matawang jatuh dan ekonomi teruk.
Saya pernah tulis artikel Pelaburan Emas vs Pelaburan ASB, Mana Lebih Baik?.
Ada bantahan? Boleh PM saya anytime 😀