Emas2U – Sebelum ini saya pernah buat perbandingan pelaburan emas vs pelaburan hartanah, kali ini saya gariskan kelebihan aset emas berbanding aset hartanah.
Sebelum tu, kenapa penting simpan emas? Ini kelebihan menyimpan emas secara fizikal di sini dan secara akaun emas di sini.
Kelebihan Aset Emas Berbanding Aset Hartanah
1. Modal Emas Lebih Kecil Berbanding Hartanah
Yes, hari ini sesiapapun boleh simpan emas sebab harganya mampu milik. Affordable. Dengan permulaan RM100 anda sudah boleh simpan emas alam bentuk akaun.
2. Proses Belian/Jualan Emas Lebih Mudah
Tak perlu buat loan, isi borang, dapatkan slip gaji dan isi macam-macam dokumen, pembelian emas jauh lebih mudah, bayar dan terus dapat emasnya. Jualan dan belian emas juga boleh dibuat secara online, saya pernah buat video tutorial di sini.
3. Lebih Senang Pencairan & Pengagihan Emas
Tukar milik emas tidak perlu proses panjang penukaran nama seperti aset hartanah. So senang nak agih kepada anak-anak atau waris. Nak jual pun mudah, terus ke cawangan dan dapat cash.
4. Risiko Menyimpan Emas Lebih Rendah
Risiko menyimpan emas adalah lebih rendah berbanding membeli aset hartanah. Simpanan emas berdepan dengan harga turun naik short term, tetapi long term sentiasa bernilai dan permintaan sentiasa ada, Aset hartanah, jika tidak kena caranya boleh jadi beban kewangan yang amat berat. Bayangkan nak beli rumah untuk tujuan disewakan, tapi sampai ke sudah tiada penyewa, macam mana tu?
5. Emas Laku Di Seluruh Dunia
Permintaan emas sentiasa ada di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Tidak seperti hartanah yang bersifat geometrikal. Emas mudah dibawa dan dijual di mana-mana sahaja.
Kesimpulan
Apapun, tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk mengetepikan pelaburan hartanah, tetapi agar pembaca nampak yang aset emas lebih mudah dimiliki, diuruskan dan dijual.
Nasihat saya pelbagaikan pelaburan. Wang, emas dan hartanah. Sebab masing-masing ada kelebihannya. Wang penting kerana kita berbelanja dengan wang. Emas, sebagai backup dan kunci kekayaan kita, berguna bila nilai matawang jatuh dan ekonomi teruk. Hartanah, jika betul caranya, boleh buat pendapatan pasif.
Ada cadangan lain? Hubungi saya anytime