, , ,

Apa Beza Gold Bar & Dinar Emas?

Emas2U – Ini antara soalan yang kerap ditanya bila new customer nak beli emas. Artikel ini kongsikan apa beza gold bar dan dinar emas Public Gold.

Jadi mana satu yang lebih baik? Gold bar atau emas dinar?

Beza paling ketara adalah dari segi ukuran berat, design dan harga sahaja. Dari segi nilai, lebih besar gram lebih baik.

1 dinar = 4.25 gram

Set dinar dan dirham Public Gold. Design bulat
Set gold bar Public Gold. Design petak

Kalau nak beli emas fizikal, formulanya lebih besar gram yang kita beli lebih baik sebab

(1) Lebih rendah harga per gram. Apa itu Harga Per Gram? Baca di sini.

(2) Lebih rendah % spread bila jual semula. Apa pula spread value? Lihat sini, ada video cara kira spread. Dan,

(3) Lebih rendah caj Gold Premium (GP). Apa itu caj Gold Premium (GP)? Baca di sini.

Maksudnya 10g x 10 unit tak sama dengan 100g x 1 unit dari segi nilainya walaupun jumlah berat sama.

Dan berkali-kali saya pesan bahawa tidak berbaloi jika beli gram kecil. Ini sebabnya. Jika bajet kecil, lebih sesuai buka akaun GAP.

Alright, penjelasan di atas jika kita lihat dari perspektif nilai, berat dan design. Jika dilihat dari sudut sejarah dan islamik pula, lebih ramai umat Islam memilih set dinar (dan dirham) kerana dinar emas merupakan sistem jual beli muamalat dalam sejarah pemeritahan Islam pada zaman dahulu. Dinar dan Dirham juga biasa digunakan sebagai Mas Kahwin (mahar). Design yang cantik juga menjadi faktor set dinar kerap dijadikan cenderamata, hantaran dan hadiah istimewa.

Ok, saya harap artikel ini menjawab persoalan anda tentang perbezaan emas gold bar dan emas dinar Public Gold.

Nak mula simpan emas? Hubungi saya anytime!


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>