, , ,

5 Cara Simpan Duit Walaupun Gaji B40

Ramai anak muda menghadapi kesukaran menyimpan duit. Simpan RM100 hari ini, minggu depan keluar RM150! Kali ini kami kongsikan cara simpan duit berkesan walaupun anda bergaji rendah.

cara simpan duit walaupun gaji rendah

Kita amat digalakkan untuk mempunyai tabung simpanan duit untuk persediaan semasa kecemasan, atau untuk mencapai matlamat dalam hidup, contohnya perbelanjaan perkahwinan, pembelian rumah dan pendidikan anak-anak.

Jika kita tidak bermula menyimpan duit dari sekarang, kita akan susah pada masa depan. Seperti peribahasa, sediakan payung sebelum hujan.

Bersedia ketika senang, bersedia ketika susah. Cuba 5 cara simpan di bawah:

5 Cara Simpan Duit Walaupun Gaji Rendah

#1. Tabung RM1 setiap hari, RM5 setiap minggu, RM10 setiap 2 minggu, RM50 setiap sebulan

cara simpan duit kertas

Nak capai RM1,000 pertama, kena mula dengan RM1. Ini teknik beginner, sesiapa pun boleh mula. Setiap hari selepas belanja, amalkan menabung guna formula ni:

RM1 setiap hari, RM5 setiap minggu, RM10 setiap 2 minggu, RM50 setiap sebulan

Actually, formula ni tak tetap, ianya subjektif kepada individu. Kalau boleh sehari RM2 atau RM3, silakan adjust.

Sikit-sikit lama-lama jadi ____ (lengkapkan)

#2. Duit syiling jangan diabaikan

syiling malaysia

Ini pun level beginner. Nampak kecil kan? Tapi cuba buat ni;

Setiap kali berbelanja, semua baki duit syiling dalam sehari, salur ke tabung.

Lepas sebulan cuba kira balik?

#3. Pelbagaikan saving di beberapa bank

Selepas ada simpanan tabung, kita ke next level:

Untuk simpanan short term, simpan dalam akaun bank biasa seperti Bank Harimau dan Bank Sotong

Untuk simpanan medium term, simpan dalam ASB

Untuk simpanan haji, simpan dalam Tabung Haji

Tapi kalau perasan, cara no 3 ni senang nak keluarkan balik, betul tak? Sebab tu anda perlu cuba cara ke 4 dan ke 5.

#4. Tukar sebahagian duit saving kepada emas

Ini cara paling berkesan nak simpan duit. Yes tukar jadi emas.

simpanan emas

Simpan gold bars atau dinar tau, bukan emas perhiasan seperti cincin dan rantai. Here’s why.

Dan letak mindset untuk jadikan simpanan emas sebagai simpanan long term.

Graf harga emas tak pernah berbohong, kenaikan lebih 500% sejak 90an!

graf harga emas

876.61% kenaikan, kamu rasa?

Mula simpanan emas di sini dan dapatkan bantuan admin Emas2U, Cik Ida

#5. Disiplin mengamalkan Langkah 1-4

Ini level paling susah dan boleh dikategorikan sebagai level expert.

Ada yang boleh amalkan sebulan-dua then give up.

Tapi saya yakin anda bukan macam tu. Tt’s all about mindset.

Bila dah biasa amalkan no 1-4 di atas, insyaAllah no 5 ni, kacang je!

Mungkin kita akan struggle pada permulaan, tapi cuba bertahan hingga 6-12 bulan, kita akan terbiasa dan lebih mudah berdisiplin insyaAllah.

Artikel berkaitan: 5 Tips Mudah Buat Simpanan Lebih RM1,000


Dah ready nak simpan emas?

PM Cik Ida >>