, ,

Tips Asas Dealer Public Gold

Semua tips yang dikongsikan dalam group dealer Public Gold didokumenkan di sini

Emas2u.com – Semua tips yang dikongsikan dalam group dealer Public Gold didokumenkan di sini

Tarikh dikemaskini: 27 Oktober 2019

25 Oktober 2019: Tips Deal Dengan Prospek #3: Follow Up Tapi Jangan Terlalu Kerap

✅ Jika ada prospek berminat dan bertanya kepada kita tentang emas, bimbing sebaik mungkin. Ada 2 kemungkinan, dia akan beli dan tidak akan beli

✅ Jika beli, alhamdulillah

✅ Jika prospek senyap je, boleh jadi dia nak fikir dulu atau tak nak beli. Untuk prospek begini, selepas 1-2 hari, follow up semula dan tanya soalan seperti “Salam tuan, tuan dah sedia nak beli emas atau ada soalan lain lagi?”. It’s ok jika dia tak nak beli.

✅ Berikan offer / gift jika prospek masih nak fikir dulu. Contoh saya offer masukkan dalam group bimbingan dan berikan ebook percuma.

✅ Follow up membantu kita membuat bimbingan seterusnya dan menunjukkan yang kita serius dan ambil berat terhadap prospek kita.

18 Oktober 2019: 7 Kelebihan Dealer Public Gold

Tahukah tuan/puan ada 7 kelebihan menjadi dealer Public Gold? Baca: https://emas2u.com/7-kelebihan-menjadi-dealer-public-gold/

3 Oktober 2019: Tips Deal Dengan Prospek #2: Ayat Intro Paling Penting

Ayat intro merupakan ayat paling penting untuk customer selesa dengan approach kita. Amal 2 perkara ni semasa intro:

✅ Mulakan dengan niat ingin membantu. Start dengan pengenalan diri dan fahami masalah/keinginan customer.

✅ Elakkan ayat-ayat menjual terlalu awal dan ayat-ayat yang memaksa customer untuk membeli. Berikan ruang masa untuk customer faham dan berbincang dulu.

3 Oktober 2019: Seminar & Kursus Public Gold

Public Gold ada buat kursus & seminar.

As customer, boleh join seminar yang diadakan di cawangan, kalau di Bangi setiap Jumaat 8:30pm

As dealer, ada 4 program yang digalakkan join: New Dealer Orientation (NDO), PG Golden Tour, PG1System weekly meeting dan JutawanEmas Leadership Training.

3 Oktober 2019: 2 Cara Beli Dan Miliki Emas Public Gold

Beritahu customer ada 2 cara simpan emas – fizikal dan GAP, then tanya dia prefer cara mana. Di bawah ni contoh ayat saya. Boleh je copy paste:

Mesej #1:
Ok ada 2 cara tuan boleh beli dan miliki emas.

1. Beli emas fizikal (bayar online atau terus ke kedai)

2. beli emas dalam bentuk GAP. GAP = Gold Accumulation Program. Konsep dia macam bank, tapi instead of simpan duit, kita simpan emas. Patuh syariah (dipantau oleh Amanie Advidors Sdn Bhd), maksudnya Public Gold kena pastikan setiap gram dalam GAP tu ada fizikalnya.

Mesej #2:
Beli fizikal jika;
Bajet besar. Lebih besar gram, lebih rendah harga per gram, lebih rendah % spread bila nak jual semula. Emas simpan sendiri.

Beli GAP jika;
Bajet kecil tapi berterusan. Contoh RM100 setiap bulan. Harga per gram sama walaupun beli banyak. Sesuai jika tak berani simpan sendiri di rumah.

30 September 2019: Tips Deal Dengan Prospek #1: Sentiasa Friendly & Welcoming

Elakkan ayat seperti;

“Call office hour sahaja”

atau

“Serious buyer only”

2 ayat di atas nampak macam kita tak berapa friendly dan kurang welcoming. Gantikan dengan

“Boleh call/WhatsApp saya anytime ya”

Ianya lebih friendly dan welcoming

Semoga bermanfaat 😊

24 September 2019: 5 Tips Permulaan Sebagai Dealer

  1. Mahirkan ilmu asas simpanan emas yang biasa orang akan tanya. Banyakkan membaca dan cari ilmu tentang emas.
  2. Mula introduce kepada orang terdekat (parents, family, wife, kawan2 etc). Mereka lebih mudah menyokong dan memberi motivasi kepada kita. Minta mak & abah doakan kejayaan kita.
  3. Gunakan pelbagai platform media seperti Whatsapp/FB/Instagram – boleh copy paste je apa yang saya share di page FB emas2u dan letak di media sosial tuan, tak perlu minta izin, saya benarkan. Satu lagi di media sosial, jangan lupa paparkan gambar profile kita – supaya orang kenal. Elakkan letak gambar kucing/bunga hehehe. Penting untuk first impression.
  4. Buka blog/website. Belajar SEO (search Google kalau tak tahu apa itu SEO, atau boleh tanya saya anytime) untuk memudahkan carian dan naikkan ranking website. Website penting sebagai ‘kedai’ kita. Bayangkan bila orang google pasal emas je, jumpa website kita.
  5. Fikirkan produk/servis yang boleh diberikan percuma kepada prospek (cth saya bagi ebook). Penting supaya ada daya saing dengan ramai dealer-dealer lain di luar sana.
  6. Terus bergerak walau apa jua rintangan. Tiada istilah ‘give up’. Dapatkan bimbingan/sokongan dari Master Aqilah atau saya atau semua ahli dalam group ni. Kita bergerak sebagai satu team, saling membantu satu sama lain.

“Jumpa di puncak kejayaan!”

24 September 2019: Ucapan pembukaan oleh Muhammad Muhaimin kepada dealer Public Gold baru

Assalamualaikum wbt para dealers,

Tahniah di atas keputusan tuan/puan naiktaraf sebagai dealer. InsyaAllah banyak kelebihan jadi dealer ni.

Tujuan utama group ini ditubuhkan;

Membimbing dealer baru dan sebagai medium perbincangan semua dealers. Update/ilmu dealership juga akan dikongsi dalam group ni. Berbeza dgn group Emas Kini, sana ramai customer, so kurang sesuai bincang pasal dealer dalam tu.

Sebarang persoalan tentang Public Gold dealership boleh tanya anytime ya. Tqvm 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *