Emas2u.com – Semua tips yang dikongsikan dalam group dealer Public Gold didokumenkan di sini
Tarikh dikemaskini: 20 Mac 2020
9 Februari 2020: Tips Deal Dengan Prospek #5: Ayat Promising Yang Buat Customer Pilih Kita
Bagi customer yang teragak-agak nak beli, berikan ayat promising seperti free gift atau free support lepas pembelian.
Tapi apa yang kita janji tu, kenalah tunaikan.
Teknik ini penting agar customer tu lebih cenderung memilih kita (boleh jadi dia teragak-agak sebab ramai dealer dia nak pilih).
So ni salah satu ayat promising saya:
Lepas tuan buat pembelian pertama melalui saya, izinkan saya masukkan tuan ke dalam group WhatsApp Emas Kini utk bimbingan penuh. Semua soalan/update/ilmu berkaitan emas share dalam tu ???
Semoga bermanfaat ???
26 Januari 2020:
Seminar Asas Simpanan Emas 2020 anjuran Ustaz Kamarudin (dealership Emas2u) semalam,
https://emas2u.com/seminar-pelaburan-emas-2020/
Tuan/puan yang ada plan nak buat seminar di tempat tuan/puan, boleh hubungi saya dan set jadual. Free je ?
13 Januari 2020:
Salam para dealers,
Saya sekarang buat free coaching one-to-one mengajar teknik pemasaran online (tawaran ni hanya valid kepada ahli group ini sahaja).
Sesi coaching 1-2 jam percuma, lokasi Putrajaya.
Saya akan ajar cara:
- Kongsikan pengalaman & pengetahuan saya buat promosi secara online.
- Teknik bagaimana nak buat customer cari kita, bukan kita yang penat kena cari customer.
- Asas mulakan website sendiri.
Tuan/puan yang berminat boleh PM dan set date dengan saya.
Tq
25 Oktober 2019: Tips Deal Dengan Prospek #3: Follow Up Tapi Jangan Terlalu Kerap
✅ Jika ada prospek berminat dan bertanya kepada kita tentang emas, bimbing sebaik mungkin. Ada 2 kemungkinan, dia akan beli dan tidak akan beli
✅ Jika beli, alhamdulillah
✅ Jika prospek senyap je, boleh jadi dia nak fikir dulu atau tak nak beli. Untuk prospek begini, selepas 1-2 hari, follow up semula dan tanya soalan seperti “Salam tuan, tuan dah sedia nak beli emas atau ada soalan lain lagi?”. It’s ok jika dia tak nak beli.
✅ Berikan offer / gift jika prospek masih nak fikir dulu. Contoh saya offer masukkan dalam group bimbingan dan berikan ebook percuma.
✅ Follow up membantu kita membuat bimbingan seterusnya dan menunjukkan yang kita serius dan ambil berat terhadap prospek kita.
18 Oktober 2019: 7 Kelebihan Dealer Public Gold
Tahukah tuan/puan ada 7 kelebihan menjadi dealer Public Gold? Baca: https://emas2u.com/7-kelebihan-menjadi-dealer-public-gold/
3 Oktober 2019: Tips Deal Dengan Prospek #2: Ayat Intro Paling Penting
Ayat intro merupakan ayat paling penting untuk customer selesa dengan approach kita. Amal 2 perkara ni semasa intro:
✅ Mulakan dengan niat ingin membantu. Start dengan pengenalan diri dan fahami masalah/keinginan customer.
✅ Elakkan ayat-ayat menjual terlalu awal dan ayat-ayat yang memaksa customer untuk membeli. Berikan ruang masa untuk customer faham dan berbincang dulu.
3 Oktober 2019: Seminar & Kursus Public Gold
Public Gold ada buat kursus & seminar.
As customer, boleh join seminar yang diadakan di cawangan, kalau di Bangi setiap Jumaat 8:30pm
As dealer, ada 4 program yang digalakkan join: New Dealer Orientation (NDO), PG Golden Tour, PG1System weekly meeting dan JutawanEmas Leadership Training.
3 Oktober 2019: 2 Cara Beli Dan Miliki Emas Public Gold
Beritahu customer ada 2 cara simpan emas – fizikal dan GAP, then tanya dia prefer cara mana. Di bawah ni contoh ayat saya. Boleh je copy paste:
Mesej #1:
Ok ada 2 cara tuan boleh beli dan miliki emas.
1. Beli emas fizikal (bayar online atau terus ke kedai)
2. beli emas dalam bentuk GAP. GAP = Gold Accumulation Program. Konsep dia macam bank, tapi instead of simpan duit, kita simpan emas. Patuh syariah (dipantau oleh Amanie Advidors Sdn Bhd), maksudnya Public Gold kena pastikan setiap gram dalam GAP tu ada fizikalnya.
Mesej #2:
Beli fizikal jika;
Bajet besar. Lebih besar gram, lebih rendah harga per gram, lebih rendah % spread bila nak jual semula. Emas simpan sendiri.
Beli GAP jika;
Bajet kecil tapi berterusan. Contoh RM100 setiap bulan. Harga per gram sama walaupun beli banyak. Sesuai jika tak berani simpan sendiri di rumah.
30 September 2019: Tips Deal Dengan Prospek #1: Sentiasa Friendly & Welcoming
Elakkan ayat seperti;
“Call office hour sahaja”
atau
“Serious buyer only”
2 ayat di atas nampak macam kita tak berapa friendly dan kurang welcoming. Gantikan dengan
“Boleh call/WhatsApp saya anytime ya”
Ianya lebih friendly dan welcoming
Semoga bermanfaat ?
24 September 2019: 5 Tips Permulaan Sebagai Dealer
- Mahirkan ilmu asas simpanan emas yang biasa orang akan tanya. Banyakkan membaca dan cari ilmu tentang emas.
- Mula introduce kepada orang terdekat (parents, family, wife, kawan2 etc). Mereka lebih mudah menyokong dan memberi motivasi kepada kita. Minta mak & abah doakan kejayaan kita.
- Gunakan pelbagai platform media seperti Whatsapp/FB/Instagram – boleh copy paste je apa yang saya share di page FB emas2u dan letak di media sosial tuan, tak perlu minta izin, saya benarkan. Satu lagi di media sosial, jangan lupa paparkan gambar profile kita – supaya orang kenal. Elakkan letak gambar kucing/bunga hehehe. Penting untuk first impression.
- Buka blog/website. Belajar SEO (search Google kalau tak tahu apa itu SEO, atau boleh tanya saya anytime) untuk memudahkan carian dan naikkan ranking website. Website penting sebagai ‘kedai’ kita. Bayangkan bila orang google pasal emas je, jumpa website kita.
- Fikirkan produk/servis yang boleh diberikan percuma kepada prospek (cth saya bagi ebook). Penting supaya ada daya saing dengan ramai dealer-dealer lain di luar sana.
- Terus bergerak walau apa jua rintangan. Tiada istilah ‘give up’. Dapatkan bimbingan/sokongan dari Master Aqilah atau saya atau semua ahli dalam group ni. Kita bergerak sebagai satu team, saling membantu satu sama lain.
“Jumpa di puncak kejayaan!”
24 September 2019: Ucapan pembukaan oleh Muhammad Muhaimin kepada dealer Public Gold baru
Assalamualaikum wbt para dealers,
Tahniah di atas keputusan tuan/puan naiktaraf sebagai dealer. InsyaAllah banyak kelebihan jadi dealer ni.
Tujuan utama group ini ditubuhkan;
Membimbing dealer baru dan sebagai medium perbincangan semua dealers. Update/ilmu dealership juga akan dikongsi dalam group ni. Berbeza dgn group Emas Kini, sana ramai customer, so kurang sesuai bincang pasal dealer dalam tu.
Sebarang persoalan tentang Public Gold dealership boleh tanya anytime ya. Tqvm ?