Sebagai penyimpan emas, anda digalakkan rekod pembelian emas anda. Kenapa ianya penting? Kami kongsikan 2 sebabnya. Download template excel percuma, siap ada reminder zakat!
1. Mengenalpasti Harga Per Gram
Selain merekod jumlah RM perbelanjaan emas dan jumlah gram emas, kita juga perlu tahu purata atau average harga per gram yang kita telah spend membeli emas, sejak pembelian pertama. Kenapa? Supaya kita nampak keberbaloian dan keberkesanan nilai RM yang kita belanjakan tu. Dan kita boleh bandingkan dengan harga emas semasa sekarang.
Bagaimana mengira average – nilai per gram kita dah spend untuk beli emas, sejak pembelian pertama, contohnya begini:
Pembelian #1
RM100 0.5556 gram
Pembelian #2
RM350 2 gram
Pembelian #3
RM183 1 gram
Average = (RM100 + RM350 + RM183)/3.5556 gram
= RM633/3.5556 gram
= RM178.03/gram
Average yang kita belanjakan untuk beli emas ialah RM178.03 setiap gram. Nilai ini dapat membantu kita untuk pembelian seterusnya, kita tahu bila harga emas semasa tu adalah harga ‘sale’ buat kita jika lebih rendah dari harga average. Selain itu kita juga dapat menilai keuntungan bila kita nak jual balik. Let say 5 tahun lagi Public Gold beli pada RM200/gram, jadi kita dah ada keuntungan di situ.
2. Mengenalpasti Bila Kita Wajib Bayar Zakat Emas
Dengan cara merekod dan track simpanan emas kita, kita akan tahu bila kita wajib bayar zakat emas iaitu bila jumlah simpanan emas kita cukup haul bersamaan 85 gram.
Klik di sini untuk mengetahui Cara Kira Zakat Emas.
Muaturun Template Excel Rekod Pembelian Emas
DOWNLOAD DI SINI – RUANG ANNOUNCEMENT (Pass Code: NAK EXCEL)
Semoga bermanfaat!